Mat Dan Kongsi Gambar Throwback Bertatu Di Bahu, Netizen Tegur; “Tutuplah A1bmu!”

Pengacara dan pelakon, Mat Dan berkongsi sekeping foto ‘throwback’ ketika zaman usianya di Instagram.
 
Foto pemilik nama sebenar Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 32, itu memaparkan gaya rambut yang sedikit panjang dan memperlihatkan tatu di kiri dan kanan tubuhnya.
 
“Rindunya rambut saya, tengah scroll gambar lama nak tunjuk ke Zayne Daddy dia dulu macam mana
 
“Macam Keith Richards je dia kata (ke Daddy dia kata),” selorohnya.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, para pengikut Mat Dan meninggalkan respon berbeza.
 
Selain respon positif, ada juga yang kurang selesa melihat Mat Dan berkongsi foto lamanya yang menampakkan tatu itu.
 
“Tutuplah a1b kamu, Allah akan tutup a1b kamu yang lain, pengaruh t4tu, bukan satu perkara baik, tambahan kalau kita dah bert4ubat, renung-renungkanlah,” tulis seorang pengguna Instagram.
 
Bagaimanapun, netizen lain pula berpendapat perkara itu tidak mendatangkan 1su n3gatif kerana pengacara yang fasih menguasai dialek Terengganu itu merupakan seorang mualaf.
 
“Dia asal memang ori Mat Saleh nak buka a1b apa pulak, yang kita hairan asal keturunan Melayu Islam buat t4tu, retis pun ada,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Terdahulu, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadia Adnan pada Mac 2017.
 
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler dan Eydan Yusoff Tyler.
 
Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Mat Dan Kongsi Gambar Throwback Bertatu Di Bahu, Netizen Tegur; “Tutuplah A1bmu!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*