Usia 79 Masih Keluar Meniaga, Pakcik Jual Sayur Buat Ramai Tersentuh

Usia yang menjangkau 79 tahun sepatutnya perlu berehat menghabiskan sisa hidup di rumah, tetapi lain pula kisah seorang lelaki warga emas yang dipanggil Mbah Dalimin ini.

Demi kelangsungan hidup, pakcik tersebut duduk menunggu pelanggan dengan menjual sayur kangkung tepi jalan di sebuah daerah yang terletak di Kota Surakarta, Jawa Tengah.

Aksi jualan Mbah Dalimin dirakam seorang pengguna laman Instagram, Mas Ahmad Thoric yang memuat naik beberapa keping gambar sehingga meraih perhatian warganet Indonesia minggu lalu.

Menurut Mas Ahmad, pakcik itu akan mula menjual sekitar jam 6 pagi malah gemar bersembang bersama pelanggan terutama mengenai zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Walau bagaimanapun, pemuda berkenaan berkata Mbah Dalimin mengalami masalah pendengaran oleh kerana seiring dengan peningkatan usia dimana setiap pertanyaan perlu ditulis melalui buku.

Mengakhiri kapsyen posting itu, dia menyeru orang ramai yang tinggal di kawasan berhampiran agar dapat membantu Mbah Dalimin dengan membeli jualan sayur sekiranya mempunyai rezeki yang lebih.

Rata-rata warganet tersentuh hati melihat gambar tersebut selain mendoakan Mbah Dalimin sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : Mas Ahmad Thoric

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Usia 79 Masih Keluar Meniaga, Pakcik Jual Sayur Buat Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*