Tak kira siapa, tindakan akan diambil jika l4nggar SOP termasuk anak saya – Ismail Sabri

TIADA siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika mel4nggar peraturan sepanjang tempoh sekatan perjalanan penuh, termasuk anak saya, demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberi jaminan bahawa pelaksanaan perundangan negara akan dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Beliau berkata demikian susulan kritikan melibatkan program realiti televisyen yang menampilkan selebriti sebagai juri termasuk anaknya, Gaddafi Ismail Sabri atau lebih popular dengan panggilan Dafi kerana dikatakan tidak mematuhi SOP bagi membendung peny3baran Cov1d-19.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan si4satan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

“Tindakan akan diambil jika ada yang mel4nggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika individu itu anak saya,” katanya kepada Malaysiakini pada Rabu.

Episod pertama program hiburan, All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu, mendapat kr1tikan pengguna media sosial yang mend4kwa program tersebut telah mel4nggar SOP kerana beberapa selebriti tidak memakai topeng muka.

Pada Selasa (8 Jun), Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir mengarahkan supaya si4satan dibuat ke atas program hiburan terbitan Astro susulan d4kwaan tersebut.

Stesen televisyen swasta itu kemudian menangguhkan tayangan program realiti itu buat sementara waktu sementara si4satan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sebarang perkembangan mengenai program hanya akan diketahui setelah siasatan selesai

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Tak kira siapa, tindakan akan diambil jika l4nggar SOP termasuk anak saya – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*