“Patut Jaga La Warisan! Kenangan Tu” – Netizen Sedih Feri Pulau Pinang Makin Tenggelam? Apa Cerita?

Kec3wa, m4rah, dan hairan. Itu antara reaksi netizen apabila melihat pengangkutan ikonik feri Pulau Pinang hampir ‘karam’.

Semuanya tercetus selepas gambar feri tersebut dimuat naik seorang individu di Twitter.

“Rugi betul tak jaga warisan negeri. Dulu org mai Pulau Pinang sebab nak try naik Feri ni la,” katanya.

Posting berkenaan kemudian mencetuskan rasa m4rah netizen memandangkan feri tersebut tidak dijaga dengan baik biarpun tidak lagi berkhidmat.

Kebanyakan mereka menganggap feri tersebut sebagai artifak sejarah yang boleh dijadikan tarikan pelancong.

“Patut jaga warisan, cuba lihat negara luar, betapa mereka menghargai warisan sejarah”

“Sedihnya macam tu je biar tenggelam”

“Banyak sejarah feri ni, sedih pula tengok nasib macam tu ditinggalkan,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng menerusi satu hantaran di Facebooknya memberitahu dia telah telah melawat untuk melihat keadaan Feri Pulau Pinang .

Menurutnya, si4satan awal mendapati ‘kevzuran’ Feri Pulau Pinang disebabkan berlakunya kebocoran.

“Hal ini mengakibatkan air masuk ke dalam feri melalui lubang berkenaan dan memenuhi bilik enjin.

“Keadaan ini menyebabkan Feri Pulau Pinang condong.

“Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd telah mengambil tindakan yang sesuai pada masa pertama.

“Tindakan mengepam air keluar telah dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dibuat.

“Kerja-kerja pembaikan yang relevan akan dijalankan dan memastikan Feri akan kembali kepada keadaan asal,” katanya.

Jelasnya, feri Pulau Pinang sudah uzvr dan tidak dapat beroperasi.

“Oleh itu, Feri tersebut sudah lama tidak berkhidmat membawa penumpang atau kenderaan lain.

“Feri Pulau Pinang ditempatkan di Limbungan Bagan Dalam sementara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memuktamadkan urusan pajakan feri tersebut kepada pembida yang berjaya.

“Pajakan Feri Pulau Pinang adalah untuk dijadikan sebagai muzium dan akan ditempatkan di Tanjung City Marina kelak,” katanya.

Sekadar info, perkhidmatan ikonik feri yang menjadi sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Patut Jaga La Warisan! Kenangan Tu” – Netizen Sedih Feri Pulau Pinang Makin Tenggelam? Apa Cerita?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*