Sultan Kelantan perkenan sumbang RM1 juta kepada golongan terjejas PKP

Prihatin dengan nasib rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Sultan Muhammad V berkenan menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada golongan asnaf yang terkesan akibat Covid-19.

Menurut kenyataan rasmi, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sumbangan itu menggunakan peruntukkan bagi program baginda di sepanjang Ramadan lalu.

“Perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
“Baginda juga mengambil maklum akan susah payah rakyat jelata dalam mengharungi kehidupan ketika negeri masih lagi berdepan dengan Covid-19…
“…dan juga pelaksanaan PKP 3.0 serta sekatan pergerakan penuh yang sudah tentu turut menjejaskan ekonomi termasuk kumpulan asnaf,” katanya hari ini.

Selain itu, baginda juga menzahirkan kebimbangan mengenai jangkitan wabak Covid-19 di Kelantan dimana angkanya masih tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan.

Malah, Sultan Muhammad V turut berdukacita apabila fasiliti kesihatan dilaporkan kritikal dengan pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Justeru, baginda menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk terus berdoa supaya dihindari daripada virus tersebut selain mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan pusat mahupun negeri.

Sumber: Facebook Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : ohmymedia

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Sultan Kelantan perkenan sumbang RM1 juta kepada golongan terjejas PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*