Ramai setuju sekatan pergerakan penuh dapat kurangkan j4ngkitan Cov1d-19

Kuala Lumpur: Sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuat kuasa selama dua minggu mulai hari ini mendapat sokongan kebanyakan rakyat yang sehaluan dengan kerajaan untuk melihat pengurangan k3s C0vid-19 yang meragut banyak nyawa.

Dalam satu kaji selidik Bernama yang membabitkan 1,251 responden mendapati 95.3 peratus bersetuju terhadap pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa di seluruh negara.

Kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian membabitkan responden daripada pelbagai kaum dan jantina berumur antara 18 hingga 61 tahun dari seluruh negara.

Seramai 1,213 orang atau 97 peratus responden yakin sekatan dapat mengurangkan j4ngkitan k3s Cov1d-19 yang kini sangat membimbangkan.

Seramai 1,138 responden mengakui sekatan pergerakan penuh adalah baik untuk kesihatan dan hanya sembilan peratus menyatakan sebaliknya.

Responden yang menyertai kaji selidik itu adalah penjawat awam dan badan berkanun (600), swasta (395), bekerja sendiri (124), tidak bekerja (104) dan pelajar (44) yang menetap di kawasan bandar, luar bandar, pinggir bandar serta pedalaman. Mereka berpendidikan daripada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sehingga Ijazah Doktor Falsafah.

Ditanya adakah sekatan pergerakan penuh selama 14 hari itu akan menjejaskan pendapatan keluarga, maklum balas yang diterima mendapati sebanyak 52.2 peratus responden mengakuinya.

Kaji selidik itu juga mendapati 64.7 peratus responden bimbang ia akan mengakibatkan mereka hilang sumber pendapatan, 54.6 peratus risau keperluan asas tidak mencukupi manakala 44 peratus khuatir bakal mengalami kemvrungan atau d3presi.

Responden juga melahirkan harapan agar kerajaan dapat memberikan moratorium secara bersasar sebagai bantuan kelangsungan hidup, selain mengharapkan diskaun bil utiliti dan sokongan psikologi.

Menariknya, 81.9 peratus daripada responden mengakui sekatan pergerakan penuh dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan memandangkan ibu bapa dapat bersama dengan anak-anak di bawah satu bumbung untuk tempoh lebih lama atau kerap.

Dalam kaji selidik itu juga, 43.6 peratus setuju sekatan pergerakan penuh dibuat selama 30 hari, manakala 31 peratus berpandangan 14 hari sudah memadai, sementara 25.4 peratus merasakan 21 hari tempoh paling sesuai.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Ramai setuju sekatan pergerakan penuh dapat kurangkan j4ngkitan Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*