Kilang minuman k3ras diarah tutup serta-merta

Kuala Lumpur: Semua kilang minuman k3ras di seluruh negara diarah tutup serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hari ini bersetuju supaya kilang terbabit ditutup seperti mana sektor perkilangan lain.

“Semua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategeri sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

Terdahulu, tular di media sosial surat kebenaran operasi bagi kilang minuman k3ras sepanjang tempoh Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) yang berkuat kuasa hari ini.

Surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) itu mengesahkan pendaftaran syarikat berkenaan di dalam sistem MITI – Cov1d-19 Intelligent Management Sistem (CIMS 3.0) di bawah sektor makanan dan minuman.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Kilang minuman k3ras diarah tutup serta-merta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*