‘Cuci semua kemudian beraya’ – iklan jvdi sempena Aidilfitri

Kuala Lumpur: Ramadan baru memasuki hari keempat hari ini, namun sindiket perjvdian dalam talian dikesan memperhebatkan promosi kegi4tan har4m itu di media sosial sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang tular itu memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjvdi untuk mendapatkan ‘duit raya’.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai iklan yang dikongsikan di dalam kumpulan WhatsApp sejak malam tadi.

Katanya, klip berdurasi dua minit itu memaparkan kandungan menarik minat orang ramai mencuba permainan itu untuk mencari duit raya.

Menurutnya, iklan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak susah hati dengan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri lebih tiga minggu lagi.

 

“Saya dimaklumkan iklan itu berkaitan dengan kasino secara online yang sudah pun dipromosikan sebelum ini.

“Ini sudah pasti mengundang sensitiviti umat Islam kerana kita sedang berpuasa di bulan Ramadan dan disajikan dengan iklan yang bercanggah dari segi agama,” katanya kepada Harian Metro.

Azman menunjukkan permainan berunsur judi di atas talian yang cuba memperdaya orang ramai untuk mendapatkan wang mudah. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Azman menunjukkan permainan berunsur judi di atas talian yang cuba memperdaya orang ramai untuk mendapatkan wang mudah. FOTO Yusmizal Dolah Aling

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah berkata, pihaknya promosi berkenaan adalah susulan beberapa ‘kempen’ jvdi online yang disebarkan menerusi nombor tidak dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, ia dipercayai dijalankan sindiket yang turut mempunyai data peribadi pengguna telekomunikasi di negara ini dan menghantar promosi sama ada menerusi SMS, WhatsApp dan Telegram.

“Sebelum ini kita terima aduan mengenai mesej promosi judi daripada pelbagai nombor tidak dikenali. Malah dalam kumpulan Telegram, sindiket judi ini diikuti oleh ribuan orang.

“Semuanya mempromosikan ‘cuci duit’ dengan harga tertentu. Ini semua judi cara maya yang akan mengumpan m4ngsa,” katanya.

Justeru katanya, pihaknya bersama PPMM akan membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi memastikan tindakan diambil sewajarnya.

Be the first to comment on "‘Cuci semua kemudian beraya’ – iklan jvdi sempena Aidilfitri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*