Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Bersuara Tentang Isu Sajat Mahu Keluar Agama

Berikutan kontroversi usahawan kosmetik Sajat yang berhasrat bagi menukar agama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil menggulas mengenai isu tersebut.

Menurut laporan berita AlHijrah, beliau memberi amaran bahawa orang Islam dilarang bergurau dan mempersenda perkataan keluar dari agama Islam kerana ia satu perkara yang serius.

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial berhubung pengakuan Muhammad Sajjad untuk keluar daripada agama Islam.

Bukan saudara Sajat sahaja, tapi kepada semua. Kalimah untuk keluar Islam atau murt4d bukanlah satu kalimah yang boleh kita buat gurauan.

“Kita hendaklah merasakan mulia apabila kita memeluk agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan, ikrar yang kita janjikan,” tegasnya.

Tambah beliau, tindakan seperti itu harus dipandang dengan sewajarnya kerana ia merupakan tunjang kepada agama Islam.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman meluahkan kekecewaan terhadap orang sekeliling.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” luahnya.

Sumber: Instagram Dr Zulkifli

KREDIT: HMT Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber:http://www.awatttsyeikhh.com/kelaparan-melanda-time-macam-ni/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Bersuara Tentang Isu Sajat Mahu Keluar Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*