Ditegur Ustazah Asma’, Ini Respons Mengejut Admin FB Riak Apa Hari Ini

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati secara terbuka kepada sebuah akaun kumpulan Facebook agar tidak menggunakan perkataan riak untuk tujuan bergurau.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, Ustazah Asma’ menegur pentadbir kumpulan “Riak Apa Hari Ini” supaya menukar nama atau terus menutup kumpulan itu yang disifatkan mengindahkan perbuatan riak.

 

“Mohon admin group ‘Ri1ak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan d0osa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat a1ib. Jangan indahkan perkataan keji ri1ak atas nama gurauan,” katanya.

 

Tinjauan Kosmo! di ruang komen juga mendapati teguran Ustazah Asma’ turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.

Baru-baru ini, akaun kumpulan Facebook tersebut menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan kumpulan tersebut dicipta supaya pelayar Facebook boleh menunjuk-nunjuk kemewahan untuk tujuan bergurau dan menghiburkan semata-mata.

Akaun yang dicipta pada awal bulan Februari itu kini mempunyai lebih 120,000 pengikut. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=58946&utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=riak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ditegur Ustazah Asma’, Ini Respons Mengejut Admin FB Riak Apa Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*