Ia Meny4kitkan, Ameera Khan Akui Terkesan Bila Dibandingkan Dengan Neelofa

Ameera Khan mengakui ada ketikanya dia terganggu dengan sesetengah komen negatif yang diberikan warga maya terhadapnya di media sosial.

Adik kepada kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini juga bagaimanapun mendedahkan, dia bijak di dalam menyembunyikan perasaan terhadap perkara tersebut.

“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan.

“Cuma saya rasa, saya agak baik di dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen mengenai apa yang mereka perkatakan tentang saya.

“Terutamanya apabila mereka bandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan, tetapi saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ameera Khan (@littlemisskhan)

Ameera terdahulu berkongsikan mengenai perkara itu ketika melancarkan palet wajah pertama Young & Glow, The Darling Palette secara virtual, pada Selasa.

Bintang media sosial ini juga turut mendedahkan, apa yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bukanlah merujuk kepada gaya hidupnya secara keseluruhan.

“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.

“Malah apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi. Bukan segala-galanya atau bukan 100 peratus kisah hidup saya.

“Mungkin ia hanyalah 2 peratus sahaja tetapi ada sesetengahnya yang anggap mereka tahu segalanya mengenai diri saya.

“Tetapi tidak mengapalah… Saya tahu mereka bukanlah tahu semuanya. Tapi inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, The Darling Palette menampilkan kombinasi warna yang versatil, iaitu daripada kombinasi matte hingga berkilau dijual dengan harga RM89.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Ameera bakal mengumumkan tentang himpunan clothing line yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Malah dia juga bakal mengeluarkan produk coklat dengan kerjasama sebuah jenama coklat popular.

Sumber:cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/02/17/ia-meny4kitkan-ameera-khan-akui-terkesan-bila-dibandingkan-dengan-neelofa/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ia Meny4kitkan, Ameera Khan Akui Terkesan Bila Dibandingkan Dengan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*