2021 mahu memiliki cahaya mata

KUALA LUMPUR: Pelakon, Raja Ilya, 34, berkongsi 2021 adalah tahunnya untuk memiliki cahaya mata.

Bintang filem KL Vampires itu berkata, selama dua tahun fokus pada kerjaya dan kehidupan bersama suaminya, Trent Garret, jadi 2021 adalah masa sesuai untuk mendapatkan zur1at.

“Pada asalnya, saya merancang untuk h4mil selepas menghabiskan penggambaran sebuah drama bersiri di Kuala Lumpur, tahun ini. Tetapi, sebab sudah 10 bulan saya di Perth, Australia. Kami pun tak tahu bila dapat balik, kami merancang cuba mendapat anak.

“Tak tahulah bila akan jadinya sebab sudah hampir dua tahun saya mengambil p1l per4ncang kerana ketika berkahwin, saya terikat dengan penggambaran. Jadi, saya terpaksa fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Terpaksalah ditangguh perancangan untuk memiliki cahaya mata.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya mahu memiliki cahaya mata, tahun depan,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, pelakon yang mesra disapa sebagai Ilya yang kini menetap di Perth itu turut merancang pulang ke Kuala Lumpur, tahun hadapan.

“Sudah 10 bulan saya tak balik. Kali terakhir, saya berada di Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu. Banyak kali rancangan pulang ke Kuala Lumpur, tetapi setiap kali periksa dengan Jabatan Im1gresen, ada sahaja peraturan dan syarat yang menghal4ng kami.

“Tambah lagi, saya sudah menjadi penduduk tetap (PR) di Australia, sejak tahun ini. Ingatkan apabila ada PR, senang nak ulang alik, tetapi disebabkan pand3mik COV1D-19, semuanya bertukar.

“Nasib ada teknologi canggih, boleh melakukan panggilan video, jadi tidak terasa sangat duduk di perantauan. Setiap hari, saya menghantar mesej kepada ibu dan keluarga, kebanyakannya tanya mengenai masakan.

“Dan mujur saya mempunyai keluarga suami, jadi tak rasa berjauhan daripada keluarga. Apabila balik nanti saya merancang untuk tinggal beberapa bulan di Kuala Lumpur untuk melepaskan rindu bersama keluarga. Pada masa sama, saya memenuhi beberapa tawaran lakonan,” katanya.

Bertanya mengenai kerjaya lakonannya, Ilya tidak menafikan, dia merindui aktiviti seninya di Kuala Lumpur, namun terpaksa akur dengan situasi semasa.

“Setiap kali produksi menghubungi saya untuk memberikan tawaran kerja, saya terp4ksa tolak dengan hati berat. Ada yang kata nak tunggu saya balik, tetapi saya tidak mengesyorkan memandangkan situasi sekarang sukar dijangka.

“Sebenarnya, di sini saya di bawah sebuah agensi, tetapi disebabkan pand3mik COV1D-19, semuanya tak berapa nak jalan, sebab kebanyakan produksi drama dan filem di Sydney.

“Jadi, saya jadi suri rumah, belajar masak, kemas rumah, jaga suami dan buat ‘product review’ sahaja, tahun ini,” katanya.

Sumber:BHO

Be the first to comment on "2021 mahu memiliki cahaya mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*