Yana Dapat Anak Perempuan, Sekali Komen Elizad Yg Baru Kehilangan Anak Tarik Perhatian Ramai

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon dan pengarah, Yana Samsudin memaklumkan dirinya sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua. Di entri tersebut, Yana mendedahkan cahaya mata keduanya itu adalah seorang bayi perempuan. Tahniah kami ucapkan!

Sikit lagi nak bersali1n

Assalamualaikum. Good morning semua. Doakan korang semua sihat dan happy selalu. Andai ada salah kata atau terguris perasaan korang selama ni, Yana nak mohon maaf. Sikit masa lagi Yana dah nak bersalin. Thanks #[email protected] & abang @aisymateenteman & bantu mommy selama ini dan hingga saat ni.

Tiga hari yang lalu, Yana memuat naik satu keping foto di mana dirinya sudah berada di hospital. Pada masa yang sama, dia turut memohon maaf kepada semua sekiranya dia pernah mengguris perasaan secara tidak sengaja. Yana turut memberitahu dia bakal melahirkan cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

It’s a girl

Assalamualaikum korang. Alhamdulillah dah selamat lahirkan baby gaming. Its a girl. Thanks semua yang sudi doakan Yana dan baby selamat dilahirkan. Semuanya telah dipermudahkan. Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat & all the team. Servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga. Bersalin di sini siap dapat hadiah carseat & gubahan bunga buah buahan.

Alhamdulillah sekali lagi yana doakan buat ibu-ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT. Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari game streaming dan #EnKetuaRumah @fadzilzahari akan teruskan stream, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu.

Menerusi posting terbaru, Yana memberitahu dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Jelasnya, proses bersalin kali ini dipermudahkan. Ucapan terima kasih buat doktor dan kakitangan hospital turut diucapkan oleh Yana. Yana juga mendoakan supaya ibu-ibu yang masih menanti rezeki untuk ham1il dan bersalin anak pertama dipermudahkan oleh Allah.

Sepasang dah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata rakan artis dan netizen memberi ucapan tahniah buat Yana dan suami. Mereka turut mendoakan agar bayi comel tersebut membesar menjadi anak yang solehah dan sihat. Terdahulu, Yana dan suami iaitu Fadzil Zahari dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aisy Mateen.

KOMEN ELIZAD TARIK PERHATIAN

 

Sumber: Yana Samsudin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : OHBULAN

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Yana Dapat Anak Perempuan, Sekali Komen Elizad Yg Baru Kehilangan Anak Tarik Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*