Kakak Ipar Bertudung Labuh Sampai Satu Keluarga Sanggup Belikan Apa Sahaja. Satu Hari Perangai Kakak Ipar Berubah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama aku Iffah.

AKu anak nombor 5 dari 7 adik beradik. Abang sulung aku dah berkahwin dan mempunyai anak.

Dan apa yang aku nak ceritakan kat sini semoga boleh menjadi tauladan buat anda di luar sana apabila sudah berkahwin

Even mak mertua dan pak mertua baik sekalipun morang bertuah sangat.

Abang aku berkahwin dengan pilihan hatinya, memang aku okey je dengan kakak ipar.

Family aku pun okey dengan kakak ipar,senang cerita takde masalah. Tak macam typical MIL laa kan.

Parents aku layan dia macam anak dia sendiri, ayah aku siap suapkan kakak ipar lagi.

Every month bagi RM200 duit belanja, even dia bekerja. And, bagi pakai kereta. Kami adik-beradik pun tak kisah sangat laa.

Memang semua family aku (termasuk makcik pakcik belah parents) suka kat kakak ipar.

Sampaikan, maksu aku tak bagi ibu aku membebel, mar4h or suruh dia buat kerja.

Untung kan ?Btw, dia tinggal 1 rumah dengan parents aku. Rasa-rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ?

Ada, tapi tak ramai kot. Parents aku memang tak berkira dengan dia. Mungkin menantu pertama kot.

Ayah aku belikan rantai untuk anak-anak, dia pun dapat.

Apa yang ayah aku belikan untuk kami anak perempuan, semua dia akan dapat jugak.

Kami pun apa ada hal kan, dah anggap macam kakak sendiri.

Tapi sejak dua menjak ni macam aku ada rasa tak puas hati sikit laa dengan dia, aku dah lama perhatikan dia.

Dia macam f4ke sikit sejak abang aku takde, 6 bulan lepas, tapi perangai dia berubah 360 sejak 3 bulan lepas.

3 bulan lepas, ayah aku belikan kereta untuk dia. Kereta biasa je, myvi 1st model.

Tapi aku ni macam tak puas hati sikit laa, mula-mula aku just nak bergurau je.

Tapi entah macam mana makin melarat pulak. So, aku tanya direct dengan ayah, kenapa ayah belikan dia kereta.

Sedangkan dia bekerja, and aku sendiri pun beli kereta tak pakai se sen pun duit parents.

Ayah aku cakap, ayah belikan dia kereta sebab nak mudahkan dia pergi kerja and balik kampung mak dia kat kedah.

Memandangkan kereta pemergian abang aku tu ayah sayang nak buat lasah sebab banyak kenangan.

Okey, aku boleh terima alasan tu. Takpe.. aku diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari-lari dari aku

And aku perasa dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Aku tak pasti kenapa.

Benda ni jadi makan teruk bila parents aku macam asik menangkan dia, berbanding adik beradik aku yang lain.

Apa yang anak-anak buat, semua salah dimata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja.

Aku tengokkan je, and diam-diam aku siasat. Ayah aku ni ada perniagaan laa, tapi kecil-kecil je.

So 1 hari tu, aku pergi kat kedai ayah aku untuk settlekan bil. And aku pun buka laa online banking web untuk bayar semua bil.

Memang jenis aku, lepas bayar aku akan tengok transaction history.

And aku tengok ada 1 jumlah duit, dalam RM2,945 ditransfer ke akaun lain. So aku macam pelik laa, biasa kalau transfer ke apa.

Aku or ayah akan tulis untuk apa untuk apa. Tapi yang tu kosong.So aku call ayah, tanya ada ke bayar sekian sekian dengan jumlah RM2k tu.

Ayah aku cakap takde. Start ni aku dah syak dia yang buat, sebab aku ayah and dia je yang handle kedai ni.

Adik beradik aku yang lain jaga kedai lain.

Aku tunjuk ayah, ayah cakap dia pun tak perasan benda tu.

Takpe aku kumpul bukti, bila aku check history bank lain. Maka bermulalah soaljawab dengan semua anak-anak ayah.

Semua cakap takde, tapi kakak ipar aku buat cerita. Dia cakap dia haritu abang aku yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah.

Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus mengmuk dengan abang aku tu.

Walaupun dah dinafikan. Aku doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah.

Long story short, setiap hari jumaat memang kakak ipar aku suruh aku kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar.

Dia tunjukkan dekat aku, aku terjumpa 4 receipt barangan yang dibeli, sama amount dengan yang ditransfer.

Aku selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah aku. Secara senyap-senyap.

Apa lagi yang dia tak puas hati ? Parents aku punya baik, itupun nak p1jak kepala lagi ke ?

Duduk free, makan free, kereta free, bulan-bulan dapat RM200.Dan yang paling mengjutkan aku, dia guna-guna kan parents aku.

Macam mana aku tahu ? Sebab aku jumpa banyak benda berkain kuning.

Yang diikat dengan benang merah, and aku perasan.

Dia elak pandang mata aku, bila aku nak tenung dia, dia akan alihkan mata supaya tak bertentang mata.

Sungguh aku tak percaya, kakak ipar yang aku hormat, yang bertudung labuh.

Yang aku anggap macam kakak sendiri, yang parents aku anggap macam anak.

Tapi sanggup buat kitorang macam ni. Parents aku dah beri kepercayaan kat dia, tapi dia yang rosakkan.

Bagitahu aku, mana nak dapat FIL and MIL yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur.

Mana nak dapat ? Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap-tiap bulan, beli baju raya ibu aku bagi lagi duit, dibelikan kereta.

Parents siap tak bagi dia pindah kampung, walaupun abang aku dah takde.

Bukan takde mak mertua yang baik, tapi tulah. Bila dah ada yang baik, dipijak pulak kepala.

Macam mana ? Ada je mertua yang baik, tapi kadang kena bertegas sikit.

Aku harap siapa yang ada sifat macam ni cepat2 la berbah sebelum terlambat.

Nak dijadikan cerita, ada sekali tu..(Sambung part 2, nnt saya olah hantar lagi)

Assalamualaikum..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : https://budaksitu.pw/

 

Be the first to comment on "Kakak Ipar Bertudung Labuh Sampai Satu Keluarga Sanggup Belikan Apa Sahaja. Satu Hari Perangai Kakak Ipar Berubah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*