“Dengan rendah dirinya, saya mengajak rakan-rakan Yang Berhormat untuk menghayati dan menilai pembentangan Belanjawan ini dengan semangat perpaduan, hati terbuka dan berjiwa besar,” begitu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membuka gelanggang Belanjawan 2021 yang masih berlangsung saat ini.
Belanjawan 2021 disifatkan sebagai paling mendebarkan dan bersejarah sepanjang tempoh pandemik Covi1d 19 melanda dunia, apa lagi banyak rakyat Malaysia yang mengalami krisis ekonomi meruncing kesan daripada krisis ini.
Pada saat banyak yang masih tekun memantau dan menghayati semua Belanjawan 2021 yang dibentangkan Tengku Zafrul, terdapat banyak momen lucu dan tersendiri yang terjadi sepanjang semua rakyat sangat bersemangat untuk mengetahui hak mereka melalui pembentangan bajet yang sangat penting ini.
Berikut kami kongsikan serba sedikit perkembangan yang dikutip dari pelbagai sumber dan platform media sosial sepanjang proses Belanjawan 2021 dibentangkan.
Pembentangan Belanjawan 2021 Tertangguh 15 Minit
Pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terhenti selama 15 minit membuatkan rakyat yang sudah tidak sabar menunggu pembentangan bajet ini tertanya tanya.
Rupa rupanya, hal ini kerana SOP sedia ada adalah mengehadkan hanya 80 orang Ahli Parlimen dibenarkan masuk ke dewan pada satu-satu masa, namun untuk hari penuh bersejarah ini Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bangkit memohon agar dibenarkan kesemua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.
Selepas mempertimbangkan permohonan itu, Speaker Datuk Azhar Azizan Harun akhirnya membenarkan kesemua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.
Azhar bagaimanapun berkata SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu-satu masa, akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini.
Misteri Beg Kelabu Menteri Kewangan
Beg Kelabu yang dibawa Menteri Kewangan menjadi tumpuan warganet. Dalam salah satu cuitan, ada warganet yang mengatakan beg yang dibawa oleh Menteri Kewangan sebagai beg keramat.
Tahun ini, beg kelabu yang dibawa Tengku Zafrul turut diperkatakan. Hal ini kerana ia dilihat bersaiz sedikit kecil dari tahun tahun sebelumnya.
“Variasi beg keramat berisi teks ucapan belanjawan tahunan. Dari tradisi beg bimbit hitam kepada beg sampul. Mana satu menjadi pilihan?” cuit seorang pengguna Twitter.
Meski demikian misteri beg kelabu Tengku Zafrul terjawab apabila beliau sebenarnya hanya membawa tablet berbanding teks yang selalu diisi dalam beg bimbit berwarna hitam.
KJ Tonton Belanjawan 2021 Sambil Makan Popcorn
Tak dapat masuk dewan tak ada masalah. Gaya beberapa menteri yang mengikuti rapat pembentangan Belanjawan 2021 dari pejabat macam tengah menonton wayang!
Sambil tekun mendengar, sambil makan popcorn, begitu cara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengikuti pembentangan Belanjawan 2021.
Korang yang di rumah, makan apa pula?
One Off RM500 Untuk Frontliners, Ada Yang Tak Puas Hati
Kerajaan mengumumkan Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima pemberian tambahan secara one-off sebanyak RM500.
Pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa anggota petugas barisan hadapan KKM dan dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.
Biar ia disambut baik, namun ada segelintir warganet yang mengatakan pemberian one off tersebut sebagai kurang setimpal dengan pengorbanan termasuk nyawa yang diberikan oleh para petugas KKM.
Kredit Foto: AWANI
Belanjawan 2021: Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Dari Akaun 1!
Berita baik untuk ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja! Sebentar tadi Datuk Seri Tengku Zafrul bin Abdul Aziz mengatakan yang kerajaan telah membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP secara bersasar.
Oleh itu, mulai Januari tahun hadapan, korang boleh mula keluarkan wang KWSP sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.
Keputusan ini dibuat untuk membantu ahli-ahli KWSP yang kehilangan kerja dan pendapatan yang terjejas ekoran dari pandemik Covid-19.
Kerajaan menjangka, inisiatif ini dapat memanfaatkan seramai 600,000 ahli KWSP.
Belanjawan 2021: Kerajaan Ganti BPN Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Ini Antara Senarai Bantuan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.
Menerusi pembentangan hari ini, Bantuan Sara Hidup (BSH) menurutnya akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Antara senarai bantuan BPR adalah seperti berikut:
1. BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800.
Isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200.
2. BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001-RM5,000 dan seorang anak akan menerima RM500.
Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih, RM750
3. BPR: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350.
Pemberian BPR ini menurutnya dijangka akan memberi manfaat kepada 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH.
Pas Perjalanan Prasarana RM30 Diluaskan di Penang & Kuantan, RM5 Untuk Pelajar & OKU
Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pas perjalanan tanpa had Prasarana RM30 untuk setiap bulan sepanjang pandemik ini.
Namun, menerusi pengumuman Belanjawan 2021 yang diberiikan oleh Menteri Kewangan sebentar tadi, ia akan diteruskan malah diperluaskan lagi ke Pulau Pinang & Kuantan.
Malah, bagi pelajar sekolah darjah 1 hiingga tingkatan 6 dan golongan OKU, pas tanpa had itu akan dikenakan dengan kadar RM 5 sahaja sebulan untuk tren dan komuter.
Dalam pada itu, bagi mereka yang membayar cukai pendapatan, had pelepasan cukai gaya hidup dinaikkan dari RM2,500 kepada RM3,000 bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan.
Belanjawan 2021: Bayaran ‘One Off’ RM500 Kepada Frontliners & Elaun Diteruskan Hingga Pandemik Tamat
Sebentar tadi, dalam pembentangan belanjawan 2021, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz telah bersetuju untuk meneruskan elaun kepada petugas barisan hadapan KKM sehingga pandemik tamat.
Tak cukup dengan itu, kerajaan juga akan memberikan bayaran one off sebanyak RM500 kepada frontliners sebagai tanda penghargaan terhadap petugas barisan hadapan.
Sementara itu, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak 1 bilion untuk tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga Covid-19.
Untuk pengetahuan korang, seramai lebih 100,000 petugas barisan hadapan akan mendapat manfaat ini.
Be the first to comment on "Pengeluaran KWSP, One Off Kpd Frontliner, Ini Antara Senarai Bantuan Kepada Rakyat Yg Diumumkan Dalam Belanjawan 2021"