Digelar Kaki Kikis, Usop Dedah Siapa Sebenar Kekasihnya Yg Menjadi buah Mulut Ramai

SELEPAS mendedahkan identiti dan wajah kekasihnya kepada umum, penyanyi Usop memberitahu wanita berkenaan menerima pelbagai kec4man daripada netizen termasuk digelar ‘kaki kikis’.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, menjelaskan tudvhan itu tidak tepat berikutan dia tidak mempunyai sebarang harta yang boleh dibanggakan.

“Pada awalnya niat saya berkongsi tentang dia kerana terlalu teruja dengan kejutan ulang tahun kelahiran saya. Belum pernah saya dapat sambutan seperti itu lebih-lebih lagi daripada orang tersayang.

“Lagipun saya sudah berniat untuk menikahinya, jadi benda baik saya rasa tak perlu nak sorok-sorok lagi. Biarpun ada yang komen negatif, tapi saya tak kisah.

Kekasih Usop (kiri) bergambar bersama peminat.

“Awal-awal lagi, saya dah nasihat yang dia akan berdepan dengan perkara ini apabila memasuki dunia hiburan. Ada yang kata dia nak mengikis saya.

“Kikis apanya… saya rumah dan kereta pun tak ada lagi. Tapi dia saja tahu susah senang saya macam mana. Jadi, saya tak peduli apa orang nak kata,” kata Usop kepada mStar.

Sebelum ini, naib juara program Big Stage 2020 berkongsi foto dia bersama seorang wanita ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Oktober lalu.

Menerusi laporan mStar 15 Oktober lalu, Usop mengakui dia sudah mempunyai kekasih dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai Big Stage 2020.

 

Benda baik saya rasa tak perlu nak sorok-sorok lagi.

USOP

PENYANYI

Kata Usop, biarpun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin namun masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai lagunya berjudul Selamanya tidak layak melangkah ke Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35), Usop akui berasa sedih memandangkan sudah meletakkan harapan yang tinggi.

Usop sedih lagu Selamanya gagal ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.

“Mungkin bukan rezeki saya berada dalam SFMM35 tetapi saya bersyukur dapat peluang untuk berlakon dan sekarang saya sedang menjalani penggambaran.

“Buat masa sekarang saya nak cuba benda baru lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik Covid-19 ni, saya memang akan terima saja apa-apa peluang yang datang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Digelar Kaki Kikis, Usop Dedah Siapa Sebenar Kekasihnya Yg Menjadi buah Mulut Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*