7 Bulan Terpisah Gara2 Kerja Di Singapura, Sekali Suami Sewa Kereta Mahal Bawa Isteri Jalan2

Kuala Lumpur: Selepas tujuh bulan terpisah, seorang isteri dikejutkan suaminya dengan dibawa keluar makan malam menaiki Ford Mustang.

Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, menyewa kereta itu khas untuk membawa isterinya Norhariyanti Abu Bakar, 38, dua hari lalu.

Shahruddin yang bekerja di syarikat pengeluaran air minuman di Singapura tidak dapat pulang ke rumahnya di Johor Bharu, Johor berikutan penutupan sempadan sejak tujuh bulan lalu.

Dia yang kembali ke Malaysia pada 3 Oktober sebelum menjalani kuarantin kendiri dan pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru pada 6 Oktober lalu selepas disahkan negatif Covid-19.

Sebelum itu, dia membuat kejutan kepada keluarganya apabila pulang tanpa memaklumkan kepada mereka.

Video pertemuan itu dikongsikan sendiri Shahruddin di akaun Facebook (FBb) miliknya, 6 Oktober lalu.Videonya itu mendapat perhatian netizen dan meraaih hingga 61,000 tontonan.

Alhamdulillah,Sujud syukur..Akhirnya..Segala penantian Berakhir disini.Akhirnya berjaya suprisekan wife..Walaupun masa dekat pintu pagar dia macam dah perasan muka saya..Mungkin sebab dia kenal sweater tu..Dua tiga kali wife tanya "betul ke, betul ke"Sebabtu saya tepuk pipi dia cakap yg dia bukan bermimpi.. ini betul²..Setelah disahkan negatif Covid19 petang tadi.Dapatlah saya bertemu anak & isteri saya.. Rindu yg teramat sangat hanya tuhan yg tahu.Tengok anak kecil saya, Mereka semua takot melihat saya kerana mereka anggap saya orang asing sebab dah lama tak jumpa..Video emak saya melihat saya dalam keadaan terkejut pula.. tidak dapat saya kongsikan kerana mak saya tak sempat pakai tudung..Mak saya menangis sambil melutut dan menadah tangan berdoa kepada Allah..Berlinang air mata seorang ibu yg penuh dengan kerinduan..Tak putus² mulut beliau mengucapkan rasa syukur..Beliau seperti tidak sangka kepulangan saya setelah 2x raya dan hampir 7 bulan tak dapat pulang..———————————————-*Diatas permintaan ramai yang meminta untuk saya sharekan video suprise ni..So saya share jugak walaupun kualiti video kurang menarik..

Posted by Eddie Dieana on Tuesday, 6 October 2020

“Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.

“Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.

“Pemilik kereta beritahu dia tersentuh dan terharu dengan kisah yang saya kongsikan di FB dan ingin menaja penuh kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Shahruddin, dia merahsiakan kepulangannya ke kampung halaman disebabkan mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya.

“Ibu saya tergamam dan tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana sudah pulang memandangkan kali pertama saya berjauhan dengan keluarga.Jika diikutkan rutin harian kerja, saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja namun disebabkan penutupan sempadan saya terpaksa menyewa katil bernilai 400 dolar Singapura (RM1,221) sebulan.

“Mujur saya tidak dibuang kerja waktu itu kalau tidak mungkin senasib dengan gelandangan di sana yang dibuang kerja tetapi tidak dapat pulang ke Malaysia,” katanya.

Lebih mengharukan, Shahruddin berkata, panggilan video sajalah yang menjadi pengubat rindu kepada keluarganya ketika dia berada di perantauan.

“Saya juga terpaksa meninggalkan anak lelaki pertama saya yang baru saja berusia tiga bulan ketika itu.Kedua-dua anak saya seakan tidak mengenali saya kerana mereka masih kecil sewaktu saya meninggalkan rumah,” katanya.

Shahruddin berkata, dia bersyukur permohonan cutinya untuk pulang ke tanah air mendapat kebenaran syarikat walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi.

“Saya mengambil cuti selama tiga minggu dan akan kembali semula ke Singapura selepas ini.Semua kos termasuk ujian saringan Covid-19 dan hotel untuk kuarantin selepas balik semula ke Singapura memakan belanja hampir 1,236 dolar Singapura (RM3,775.23),” katanya.

Shahruddin berkata, dia akan memanfaatkan cutinya bersama seluruh ahli keluarganya sebelum pulang bertugas di republik itu.

Kredit: HMetro & FB Eddie Dieana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : 

 

Be the first to comment on "7 Bulan Terpisah Gara2 Kerja Di Singapura, Sekali Suami Sewa Kereta Mahal Bawa Isteri Jalan2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*