Sepahtu Reunion Boleh Live Minggu Ni, Sekali Jep Dedah Tak Puas Hati Satu Benda

Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu meluahkan rasa gundahnya apabila terpaksa melakonkan sketsa Sepahtu Reunion Live 2020 tanpa kehadiran penonton. 

Menerusi laman sosial Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 35, berkongsi foto terkininya melakonkan watak orang tua untuk tatapan umum. 

“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton. 

“Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi bola takde,” tulis Jep menerusi ruangan kapsyen. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila dapat tau #sepahtureunionlive khamis ni kau kne buat lawak tanpa penonton.. Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi bola takde 🤣🤣

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Langkah itu diambil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan bermula 14 sehingga 27 Oktober ini di seluruh Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Tambah Jep lagi menerusi ruangan komen, dia merasakan ketiadaan penonton memberikan cabaran buat pelawak untuk beraksi. 

Malah, ramai wargamaya yang memberikan sokongan meski pun mereka hanya boleh menonton dari rumah masing-masing.

“Itu akan menguji handal,” kata Nazz Gegar. 

“Boleh, lawak layan diri namanya,” komen Achey.

“Kami di rumah sentiasa menanti,” sokong seorang wargamaya.

“Takpe bang, takde penonton pun abang memang kelakar,” tulis seorang wargamaya.

“Bagitau la produksi untuk shoot Sepahtu Reunion kat negeri yang kurang kes Covid contoh macam Pahang, sambutan mesti menggalakkan,” cadang seorang wargamaya lagi.

Sepahtu Reunion Live 2020 akan bersiaran pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna (107). 

Anda juga boleh strim di Astro GO dan On Demand secara percuma. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Sepahtu Reunion Boleh Live Minggu Ni, Sekali Jep Dedah Tak Puas Hati Satu Benda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*