Baru Je Menteri Umum PKPB, Sekali Adibah Noor Ber4ng Tak Puas Hati

Baru sahaja rakyat menarik nafas lega apabila dapat kembali bekerja seperti biasa, namun dikejutkan dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam ini.

Perkara itu turut menimbulkan rasa berang penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila pendapatannya kembali tersekat susulan keputusan oleh pihak kerajaan itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Menerusi perkongsian di Twitter, Adibah berkata baru sahaja mendapat dua kerja dan sepatutnya ke Johor Bahru atas urusan kerja namun terpaksa dibatalkan kerana PKPB.

Dalam pada itu, menerusi status lain Adibah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat kepadanya serta mendoakan siapa yang mempersenda, menc4ci m4ki dan berpuas hati di atas kesusahan orang lain tidak ditimpa kesusahan.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan pelaksanaan PKPB dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes Covqid-19 serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Baru Je Menteri Umum PKPB, Sekali Adibah Noor Ber4ng Tak Puas Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*