Terkini! “Anwar Tidak Kemukakan Senarai Nama Ahli Parlimen” – Istana Negara

Istana Negara dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaan sokongan terhadapnya.

TERKINI | "Anwar Tidak Kemukakan Senarai Nama Ahli Parlimen" – Istana NegaraIstana Negara dalam satu kenyataan rasmi…

Posted by Buletin TV3 on Monday, 12 October 2020

 

Sebelum itu ini dakwaan Anwar

Timbul persoalan di kalangan orang ramai apakah hasil yang dicapai sebaik Presiden PKR Anwar Ibrahim selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi.

Terbaru, Anwar berkata beliau telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada  dalam pertemuan pagi tadi.

” Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

” Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

” Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan,” katanya pada sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin “sudah jatuh.”

Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya “masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera.”

” Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara,” katanya lagi.

Terdahulu Anwar tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada dakwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.

Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno – termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.

Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak didedahkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.

Ku Li mengadap akan Agong

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mengadap yang di-Pertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas sesi Presiden PKR Anwar Ibrahim.

” Bila kata Tuanku panggil, mengadap sajalah. Insha-Allah,” kata seorang pembantunya kepada Malaysiakini.

Spekulasi menyebut anggota parlimen Gua Musang itu akan mengadap pada jam dua petang ini.

Bagaimanapun, pembantunya berkata, pertemuan mungkin akan berlangsung lebih awal.

Dia enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.

Sumber yang mengetahui perkara itu tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu melibatkan jawatan perdana menteri.

” Ku Li sudah bekerja secara senyap untuk jangka masa yang lama,” katanya,

Sumber juga berkata Tengku Razaleigh juga bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini susulan isu sama.

Sumber : Buletin TV3 , http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Terkini! “Anwar Tidak Kemukakan Senarai Nama Ahli Parlimen” – Istana Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*