Pengakuan Mengejutkan Soo Wincci, “Saya Terpaksa Isi Perut Dengan Makan Sisa Makanan…”

” Hasil dari makan sisa makanan itu la sampai dapat PhD…bangga dengan anda Dr. Soo Wincci”

Demikian komen segelintir warganet yang tidak menjangka keadaan teruk dialami oleh penyanyi Dr. Soo Wincci, 35, dalam mengejar cita-citanya.

Wincci yang kini berada di Sepanyol mendedahkan beliau terpaksa makan sisa makanan pelajar lain disebabkan kekangan wang sewaktu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD), beberapa tahun lalu.

Tambah Wincci, dia hampir putus asa meneruskan pengajiannya apatah lagi ramai menasihatkan dia pulang dan teruskan kerjaya sebagai artis di tanah air.

” Beberapa tahun lalu, apabila wang saya berbaki RM4.90 (1 Euro) di Sepanyol, saya tidak dapat pulang disebabkan isu visa yang ketat serta peraturan universiti.

” Terus-terang, setiap hari saya risau mengenai yuran pengajian, pinjaman hutang, kena marah, diketawakan dan markah universiti.

” Sambil mengisi perut dengan sisa makanan pelajar lain, saya hampir putus asa dan bertanya kenapa hidup orang lain senang.

” Sedangkan saya pada usia 33 ketika itu sangat b0d0h kerana mahu bermula dari bawah semula,” katanya.

Bagaimanapun, graduan PhD dalam bidang Produksi Artistik di University of Polytechnic, Sepanyol itu nekad untuk terus menamatkan pengajian.

” Ramai menyuruh saya untuk balik saja dan teruskan menikmati populariti yang sudah diraih.

” Tapi, saya tetap berkeras mengejar impian, tidak beralah dan tiada sesalan untuk tempuh setiap dugaan,” katanya.

Wincci memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia).

Beliau turut memiliki Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Wincci juga berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.

Lebih membanggakan, juga Wincci mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.

Komen warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kejayaan beliau dan semoga beliau terus tabah.

” Semoga dipermudahkan segala urusan,aamin . and don’t give up apa jua ujian yang datang, tempuh dengan kesabaran, rakyat Malaysia sentiasa mendoakan Kamu…terus Jaga diri baik2,” komen Nita

” Proud of you soo wincci.. antara artis bukan melayu plg saya kagumi. I hope dengan kesusahan u akan berjaya ..love u so much,” komen Fauziah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Pengakuan Mengejutkan Soo Wincci, “Saya Terpaksa Isi Perut Dengan Makan Sisa Makanan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*