Lama Simpan Dihati, Akhirnya Hidayah Dedah amanat Arwah Abam Bocey Kepada Nya Buat Ramai Rasa Seb4k

LAPAN bulan pemergian suami tercinta, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mengakui perjalanan hidupnya sukar tanpa insan tersayang di sisi.

Meskipun terpaksa menahan kerinduan, Hidayah berkata dia kuatkan diri dan cekalkan hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“10.10.2020… lapan bulan abang (Abam) pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang (merujuk dirinya) akan menyusul kemudian abang.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi… sangat sukar, sangat susah dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang, keluarga… Alhamdulillah sayang bangun untuk capai impian kita,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Nor Hidayah berkata dia masih memegang janji dan amanat yang ditinggalkan oleh arwah.

Perkongsian Hidayah di Instagram.

Malah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki sebuah kedai makan tercapai hasil doa orang ramai.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya, InsyaAllah!

“Sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang. Aku yakin pada-Mu Ya Allah, aku yakin rancangan-Mu.

Hidayah bersyukur sudah mampu miliki kedai untuk meneruskan perniagaan.

“Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya… Al-Fatihah buat suamiku Syed Umar Mokhtar!,” ujarnya.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam panas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10.10.2020 8bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang akan menyusul kemudian abang..sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah .. Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi Sangat sukar,Sangat susah,dan sangat SAKIT nak lalui semua,tapi kekuatan sayang keluarga alhamdulliah sayang bangun😊 untuk capai impian kita sekarang sayang dah ada KEDAI berkat DOA dari semua orang 😊.. Aku yakin padaMu, Ya Allah .. Aku yakin pada rancanganMu .. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya .. AL-FATIHAH suamiku syed Umar Mokhtar #cintasyurga #rindudalamdoa #kitabaikramaisayang #hamzahanakibudanayah#allahbersamaku #sikasihabam #anaksoleh #abamjunior

A post shared by 🇲🇾Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Lama Simpan Dihati, Akhirnya Hidayah Dedah amanat Arwah Abam Bocey Kepada Nya Buat Ramai Rasa Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*