Baru Je Que Haidar Kata Wanie Tiada Etika Kerja, Sekali Pengarah Tersohor Sound Balik Que Haidar

PENGARAH Shahrulezad Mohameddin berpendapat tindakan produksi bertanya soal tarikh kosong pelakon sebelum menawarkan projek bukan bi-adap tapi ia perkara biasa.

Shahrulezad mengutarakan isu itu berikutan tindakan pelakon Que Haidar yang ‘menegur’ pengurus produksi dikenali Wanie yang disifatkannya tidak beretika sewaktu menghubunginya untuk tawaran berlakon.

“Bagi pendapat saya selepas baca tangkap skrin perbualan itu, saya tak rasa pengurus produksi (PM) itu bi-adap atau s4lah bila bertanyakan pasal tarikh kosong seseorang artis itu.

“Bila dia sudah ‘available’ barulah kita buka cerita seterusnya pasal projek. Sang PM itu tanya dia elok-elok pun. Bukan main terjah terjah.

“Macam beginilah, kalau kita nak pergi tempah dewan kahwin atau nak tempah perancang perkahwinan pun, soalan pertama akan ditanya bila hari langsungnya. Kita ‘free’ tidak masa itu. Lokasi itu kosong tak. Semudah itu,” katanya.

Bagaimanapun, pengarah Nur itu tidak menyalahkan pelakon jika soalan terbabit menimbulkan rasa tidak menyenangkan.

Namun, dia berpendapat tindakan menularkan perbualan dalaman sebegitu hanya akan memberikan kesan neg-atif terhadap seseorang pelakon.

“Apapun, itu adalah hak pada tuan badan sendiri kalau dia rasa dia nak s-entap atau tidak. Cuma bila dia ambik keputusan tularkan ins-iden macam ini, saya rasa pasti kumpulan PM sentap balas.

Saya Pun Takut Nak Tawar Dia

“Mesti ramai yang tawar hati nak tawar ‘job’ kat dia. Yalah, orang tanya elok-elok pergi tularkan sudah kenapa? Saya sendiri pun takut nak tawar dia kalau saya jadi PM. Tanya kekosongan tarikh saja pun,” katanya.

Baru-baru ini, Que mendedahkan dia tidak teragak-agak menolak sebuah tawaran lakonan daripada pihak yang menawarkannya dengan cara tidak beretika. Dia turut memuat naik tangkap skrin perbualan mereka di Instagram.

Tidak mahu berdiam, Wanie pula tampil menjelaskan mengenai salah faham terbabit. Menurutnya, dia tidak mahu buang masa artis sekiranya masa mereka tidak terluang pada tarikh dikehendaki.

Que Haidar persoal etika kerja pengurus produksi

Menerusi akaun Instagram miliknya, Que menegur tindakan pengurus produksi itu yang dilihat tidak beretika.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup tapi saya memang tidak gemar bila ada yang menawarkan projek dengan bertanya tarikh saya dahulu.

“Maaf sekali lagi, saya rasa etika kerjanya tidak betul,” katanya.

Menurut Que, seseorang itu sepatutnya membentangkan apa isi projek tersebut, siapa pengarah, jalan cerita, watak, pemain-pemain yang lain dan lokasi.

Jelasnya, pelakon yang sepatutnya bertanya berkenaan dengan tarikh tersebut.

“Ini bukan untuk pelakon sahaja tetapi saya gunakan cara ini dengan semua pekerja-pekerja filem.

“Maaf sekali lagi sebab saya terpaksa tolak tawaran anda sebelum saya ambil tahu mengenainya,” jelasnya.

Pendirian Que itu mengundang pendapat berbeza di kalangan peminatnya.

Ada yang menyokong tindakan Que kerana seseorang itu perlu tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran.

Tetapi ada juga yang menganggap Que tidak perlu memuat naik perbualannya itu kerana pengurus produksi sekadar bertanya waktu yang sesuai sahaja

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Baru Je Que Haidar Kata Wanie Tiada Etika Kerja, Sekali Pengarah Tersohor Sound Balik Que Haidar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*