“Bapa Saya Dah Tenggel4m” Nelayan Jumpa Lelaki Di Tengah Laut, Berpaut Pada Pelampung Lebih 6 Jam

Hidup sebagai seorang nelayan semestinya bukan kerja yang mudah. Apatah lagi setiap hari perlu turun ke laut untuk mencari rezeki dan berdepan dengan pelbagai risiko.

Semalam tular di media sosial satu video yang merakamkan kejadian seorang lelaki di tengah laut sedang berpaut pada pelampung.

Video yang dikongsikan di Facebook Mohd Sofi itu dilihat sekumpulan nelayan menjumpai seorang lelaki yang terkapai-kapai meminta bantuan.

ALHAMDULILLAH Syukur terhadap Illahi, hari ini saya bersama rakan2 telah menjumpai nelayan yang hanyut bot karam di…

Posted by Mohd Sufi on Thursday, 8 October 2020

Terapung lebih 6 jam, bapa lemas dan tenggelam

Kejadian yang berlaku di kawasan perairan Batu Laut, Banting itu dikatakan mangsa bersama bapanya telah hanyut dibawa ombak apabila bot milik mereka karam.

Mangsa dipercayai telah berpaut pada pelampung selama lebih 6 jam sejak botnya kar4m pada jam 10 pagi dan kemudiannya ditemui oleh nelayan lain pada jam 4.50 petang.

 

Ketika proses menyelamatkan mangsa, suasana cemas terus bertukar sedih apabila mangsa memberitahu bapanya telah lemas dan tenggelam dibawa arus.

“Bapa saya dah tenggelam encik”

Setibanya di jeti Batu Laut, m4ngsa telah dibawa oleh ambulan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Sumber :Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

 

 

Be the first to comment on "“Bapa Saya Dah Tenggel4m” Nelayan Jumpa Lelaki Di Tengah Laut, Berpaut Pada Pelampung Lebih 6 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*