“Keluar Bau Wangi Bila…” Pengutip Sampah Jadi Jutawan Segera Selepas Jumpa Batu Ini

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itu perumpamaan bagi seorang pengutip sampah di Thailand apabila menemui sebongkah batu bernilai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta).

Bastille Post melaporkan, lelaki dikenali sebagai Surachit itu tidak menyangka batu ditemui adalah ambergris yang amat bernilai tinggi.

Pada awalnya, dia menemui batu berwarna kelabu itu yang dihanyutkan air di pinggir pantai ketika mengutip sampah.

Keluarkan bau aneh

Lelaki terbabit kemudian membawa pulang batu itu ke rumahnya sebelum mendapati ia mengeluarkan bau aneh seperti lilin.

Lelaki itu kemudian memaklumkan rakan dan saudaranya dan ramai menyangka batu itu adalah bahan buangan ikan paus yang dipanggil ambergris.

Surachit dan rakannya kemudian memeriksa batu itu dan membakarnya sehingga ia mengeluarkan bau yang harum.

Kini, dia sedang menunggu pakar kerajaan yang relevan untuk menilai batu berkenaan.

Ambergris lazimnya didapati dalam usus ikan paus. Bahan ini terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu.

Pakar berpendapat bahawa bahan ini keluar melalui usus ikan paus sebagai bahan buangan.

Tetapi ada juga yang mendakwa bahawa ia dimuntahkan oleh mamalia itu memandangkan saiznya yang terlalu besar.

Selepas keluar dari badan mamalia itu, ia akan hanyut di laut dan boleh bertahan sehingga 100 tahun.

Keunikan ambergris adalah kerana bahan ini sukar diperolehi dan digunakan sebagai antara bahan dalam pembuatan minyak pewangi.

” Saya melihat bongkahan seakan batu itu terdampar di pantai ketika saya sedang mengorek pasir.

” Saya mulanya terfikir ia kelihatan seperti muntahan ikan paus, tetapi saya perlu mencari seseorang yang tahu tentang hal itu untuk memeriksanya,” kata Surachit Songzhu.

Kjadian kedua dalam seminggu

Ini adalah kali kedua dalam seminggu penduduk setempat menemukan bongkahan yang terlihat seperti ambergris di wilayah tersebut setelah penemuan pertama dilaporkan pada Jumaat lalu.

Oktober lalu, seorang nelayan bernama Jumrus Thiachot (55) menemukan potongan ambergris seberat 14kg ketika sedang berjalan di sepanjang pantai di Koh Samui, selatan Thailand.

Untuk rekod, ambergris adalah zat padat yang mudah terbakar, biasanya berwarna abu-abu atau hitam, dihasilkan melalui sistem pencernaan paus sperma.

Objek bernilai tinggi ini sering kali dijumpai terapung di laut atau hanyut di pantai setelah pengoksidaan dan menjadi keras.

Jenama minyak wangi terkenal seperti Chanel telah berabad-abad lamanya menggunakan ambergris untuk membuat wangian yang bertahan lama dan bermutu tinggi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://limauais.pw/2020/10/07/pengutip-sampah/

Be the first to comment on "“Keluar Bau Wangi Bila…” Pengutip Sampah Jadi Jutawan Segera Selepas Jumpa Batu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*