Baru Jer Did4kwa Cur4ng Dengan Dua Lelaki, Sekali Nadia Brian Komen Macam Ni

Desas desus mengenai pergol4kan rumah tangga pelakon terkenal, Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin telah menjadi bualan hangat di media sosial.

Terbaru, Muizz Nasruddin telah membuka mulut menjawab segala dakwaan berhubung isu rumah tangganya bersama isteri yang telah terbina pada 9 November tahun lalu.

Masih bergelar suami isteri

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Muizz Nasruddin mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama isteri sejak tiga bulan yang lalu tetapi mereka masih berstatus suami isteri sehingga ke hari ini. Pergolakan rumah tangga mereka disedari peminat apabila melihat pasangan ini tidak lagi berkongsi foto mereka bersama di laman Instagram.

Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu. Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya.

‘Semuanya hanya sia-sia’

Malah perkongsian satu gambar Muizz di Instagram dengan kapsyen seperti dirinya ‘dikhianati’ semakin menguatkan lagi dakwaan yang menimpa rumah tangga mereka. Malah, dia juga mengakui kapsyen yang ditulisnya itu adalah benar.

Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai. Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia. Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama.

Nadia bukan cur4ng dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul.

Lebih mengejutkan apabila Muizz memberitahu dia sangat kecewa selepas menerima satu video yang menunjukkan kecur4ngan Nadia Brian. Sementara itu, Nadia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan rumah tangganya dan menganggap ianya satu perkara yang sangat peribadi untk dikongsikan kepada umum.

Didakwa Cur4ng Dengan Dua Lelaki Oleh Suami, Nadia Brian Cakap Ini Terlalu Peribadi 

Suami pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin mendakwa isterinya itu berlaku cur4ng melibatkan dua orang lelaki.

Dalam pada itu, Muizz juga mengatakan dia dan Nadia tidak lagi tinggal sebumbung selama hampir tiga bulan.

Ekoran itu, Gempak telah menghubungi Nadia untuk mendapatkan sedikit komen mengenai kenyataan suaminya itu.

Menurut Nadia, dia tidak mahu memberi komen lanjut kerana menganggap isu ini terlalu peribadi.

“Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

“Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini,” tulis Nadia menerusi aplikasi Whatsapp kepada Gempak pada 7 Oktober 2020.

Sementara itu, Nadia turut mengakui tempoh perkahwinannya bersama Muiz belum panjang dan proses mengenali antara satu sama lain berlaku dengan pantas.

“Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Muizz dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Baru Jer Did4kwa Cur4ng Dengan Dua Lelaki, Sekali Nadia Brian Komen Macam Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*