Ayda Jebat Minta ‘Lockd0wn’, Sekali Netizen Bid4s Balik Dgn Alasan Yang Masuk Akal

Bimbang dengan peningkatan kes Covid-19, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil meminta kerajaan melaksanakan ‘l0ckdown’ atau perintah berkurung.

Menurut Ayda itu mungkin cara terbaik selain memperketatkan pergerakan supaya wab4k itu tidak akan merebak dengan lebih banyak lagi.

“Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. 

“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya. 

“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please..,” katanya.

Ayda meluahkan rasa kembimbangannya itu di akaun Instagram miliknya.

Meskipun ada yang turut bersetuju dengan cadangannya itu, namun ramai juga yang terpaksa menentangnya kerana bimbang pula jika punca rezeki mereka hilang.

“Awak tak apa, walaupun l0ckdown ada income masuk tapi kami orang biasa ni kalau l0ckdown habis putus pendapatan,” komen seorang pengikutnya.

“Saya tahu keprihatinan awak tapi ingatlah kami tidak mampu untuk hadapi lockd0wn lagi,” luah seorang wargamaya.

“Kalau lockdown, sekali lagi saya kena buang kerja,” rintih seorang netizen.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam ucapan Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 memberitahu kerajaan tidak memikirkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau perintah berkurung di seluruh negara pada waktu ini.

Tapi ada juga netizen yang menyokong

Sumber : Instagram Ayda Jebat

Be the first to comment on "Ayda Jebat Minta ‘Lockd0wn’, Sekali Netizen Bid4s Balik Dgn Alasan Yang Masuk Akal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*