Ustaz Ebit Lew Bergegas ke Kuantan Selepas Dapat Berita, ‘Terima Kasih Imam, Jiran Yang Mandikan Jnazah’

” Selamat hari lahir akak. Happy birthday akak” Allah hadiahkan rumah selesa cantik untuk tinggal dalam masa 2 jam. Allah mudahkan proses pindah”

Demikian perkongsian pendakwah popular Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau pada 30 September lalu yang menarik perhatian ramai.

Ebit Lew difahamkan membantu keluarga yang kurang berkemampuan ini berpindah ke rumah baru, malah bermurah hati membayar sewa rumah terbabit.

Namun siapa sangka, wanita yang dibantu itu dikhabarkan meninggI dnia hari ini.

Sebaik mendengar berita itu, Ebit Lew terus bergegas ke Kuantan bagi menziarah keluarga tersebut.

” Ya Allah tengah hari ini dapat berita akak yang tiada kaki baru saya pindahkan ke rumah baru pada hari lahirnya baru sahaja meninggI dnia. Kami terus bergegas ke Kuantan dengan Van Jnazah.

” Baru beberapa hari pindah rumah baru. Katanya hari tu. Allah dengar doa saya.

” Saya dapat pindah rumah baru dekat pula dengan kubvr anak perempuannya yang baru meninggI tahun lepas ketika umur 12 tahun.

” Sampai jer adik ni terus peluk saya menangis. Syukur mak dapat masuk rumah baru. Mak gembira sangat ustaz. Mak nak jumpa ustaz lagi.

” Mak tak sangka Allah hantar ustaz. Tak berhenti menangis. Nak tahu tak kenapa kami jadi rapat. Dia dah tiada sesiapa lagi dalam hidupnya.

” Ayahnya minor strok. Adik dah tiada. Dia sendiri oku pembelajaran. Lembam. Baik anak ini ya Allah. Selama ini dia mandikan dan uruskan maknya. Teman rapat hanya maknya.

” Ujian dirimu adik. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Terima kaseh kawan dan saudara jauh yang hadir.

” Terima kaseh imam, jiran yang mandikan jnazah. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus untuk kakak. Kakak orang baik dan sabar,” tulis Ebit Lew.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit Lew tersentuh hati dengan berita tersebut.

Meskipun tidak mengenali secara peribadi, namun orang ramai dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh Ebit Lew dan juga anak istimewa yang baru sahaja kehilangan ibunya.

” Ya Allah kesian baru je baca dorg happy2 masuk rumah baru Allah lebih sygkan arwh nampaknya semoga adikni tabah menjaga bapanya yang sakit” tulis Fawwaz

” Berlinang air mata saya melihat foto anak ini. Walau OKU, tapi bagi saya dia tetap sempurna. Lebih sempurna daripada manusia yang kononnya berakal tapi tiada budi, tiada hati dan perasaan. Takziah adik,” komen Zack

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : https://www.asiakini.com/2020/10/05/ebit-bantu-akak/

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Lew Bergegas ke Kuantan Selepas Dapat Berita, ‘Terima Kasih Imam, Jiran Yang Mandikan Jnazah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*