“Nak bercuti high class tapi mentality low class” – Siap Bawa Toto & Rice Cooker, Keluarga Bercuti Di Lexis Hibiscus PD Ditegur

Sejak akhir-akhir ini, admin perasan yang tiap-tiap hujung minggu pasti ada rakan kita yang pergi bercuti di sekitar Malaysia. Almaklumlah, sejak musim COV1D 19 melanda, kita semua memang tak dibenarkan bercuti di luar negara. Jadi kita ‘Cuti-cuti Malaysia’ ajelah kan? 

Walau bagaimanapun, cuti tu cutilah juga tapi janganlah buat perangai tak sennoh macam kat bawah ini kalau menginap di mana-mana hotel.

Menerusi perkongsian Facebook Media Viral Melaka, hotel Lexis Hibiscus katanya baru-baru ini ada membuat promosi dan ramailah pelancong yang berkeluarga datang menginap di sana.

Namun apa yang tak bestnya, ada sesetengah pelancong bawa mentaliti kelas ketiga ke sana yang sampai menyusahkan staf yang bekerja di hotel tersebut.

Menurut perkongsian tersebut, ada keluarga yang siap bawa rice cooker dengan harapan kononnya nak memasak di dalam hotel dan ada pula bawa toto banyak-banyak demi nak sumbat hampir 7 ke 8 orang dalam satu bilik hotel. Waduh gi1la ni! 

Lexis Hibiscus PD is a 5 star hotel. Memang laa tengah murah. Tp jangan laa buat mcm Lexis Hibiscus PD ni mcm Homestay….

Posted by Media Viral Melaka on Sunday, September 20, 2020

Menurut posting berkenaan, disebabkan hal tersebut berlaku, kini Lexis Hibiscus mempunyai undang-undang yang ketat dan akan spot check pelancong yang ingin menginap di hotel mereka terlebih dahulu. Haih macam-macam kan! 

“Dok hotel nak bersenang-senang. Nak masak bagai dok je la rumah” 

Posting berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata geleng kepala dengan sikap pelancong yang menginap di hotel 5 star macam ni. Rosak harta benda di hotel tu kalau ramai yang buat perangai macam ni.

Harap lepas ni janganlah ada yang buat perangai macam ni lagi ye. Kesian dekat pengunjung hotel yang lain. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : LobakMerah

 

Be the first to comment on "“Nak bercuti high class tapi mentality low class” – Siap Bawa Toto & Rice Cooker, Keluarga Bercuti Di Lexis Hibiscus PD Ditegur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*