Eira Aziera Ada Tempoh Sampai 28hb September Ini Sahaja. Selepas Itu Ini Yang Akan Terjadi

JOHOR BAHRU – Pesuruhjaya Sump4h, Suharnizan Md Sidek yang menjadi m4ngsa b0dy sh4ming akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan sam4n terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera.

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, sekiranya tiada respons daripada pihak personaliti media sosial itu (influencer) selepas menerima notis tuntutan sivil yang sudah dihantar dan tempohnya tamat pada 28 September ini, sam4n sivil akan difailkan.

“Sepatutnya sudah sampai (notis tuntutan sivil kepada Eira Aziera). Eira Aziera tidak berjumpa anak guam saya lagi (Suharnizan), kalau beliau berhajat jumpa anak guam saya, perlulah melalui saya.

“Saman belum difailkan lagi, jadi jumlah sebenar belum ditentukan. Tapi dalam notis tuntutan, memang dituntut ganti rugi RM2 juta dan terdapat tuntutan lain juga.

“Tuntutan yang akan dibuat di bawah beberapa cabang Tort termasuk sam4n malu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.

Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kes4t kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tvbuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.

Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kec4man netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.

Suharnizan ditemani peguamnya, Mohd Rasheed Hassan kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.

Mohd Rasheed berkata, tindakan tersebut setakat ini hanya kepada Eira Aziera dan tidak melibatkan pihak lain kerana semua makian dan cacian hanya dilakukan influencer berkenaan.

Mengenai akaun Facebook palsu menggunakan nama Suharnizan yang dipercayai masih wujud, beliau berharap, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan kerana laporan polis sudah dibuat dan perkara itu di luar bidang kawalannya.

Ketika ini kata beliau, pihaknya menasihatkan Suharnizan supaya tidak membuat sebarang komen dalam Facebook atau mana-mana media sosial sebaliknya berdiam diri.

Sumber : Sinar Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

 

Be the first to comment on "Eira Aziera Ada Tempoh Sampai 28hb September Ini Sahaja. Selepas Itu Ini Yang Akan Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*