‘Dia Tak Kisah Badan Gempal’ – Viral Foto Dukung Suami, Pengantin Kongsi Kisah Percintaan

 

Siapa sangka hubungan percintaan yang terjalin sejak bangku persekolahan berakhir dengan lafaz akad. Itu yang dilalui pasangan pengantin viral ini, bertemu semula setelah empat tahun berpisah sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Namun apa yang menjadi tumpuan netizen ialah viral foto mempelai perempuan mendukung suaminya sewaktu majlis persandingan. Rata-rata memuji pasangan ini sweet dan sporting! Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya mengenai pertemuan dan kisah percintaan mereka, bukan?

Detik mula perkenalan

Menerusi sesi temubual OHBULAN!, Nurasyidah memberitahu dia sudah lama berkenalan dengan suaminya, Farid Alias yang kini bekerja sebagai askar di Kem Gemas.

Pasangan ini mula berkenalan di bangku sekolah lagi ketika berusia 16 tahun. Boleh dikatakan percintaan jarak jauh kerana Syidah berada di Pahang manakala Farid menetap dan bersekolah di Kelantan.

Saya dapat nomber telefon dia dari contact kawan saya ketika berada di asrama. Ketika itu, saya cuba untuk hubungi dia dan kami tak pernah lihat muka masing-masing. Saya pernah kata yang fizikal saya ini gempal. Tapi dia kata tidak kisah, cuma mahu berkawan dengan saya. Lama kelamaan kami mula jadi rapat.

Dia juga pernah pos sekeping gambar ke rumah saya, dan saya juga mula pos gambar ke alamat rumahnya. Dari situ kami mula melihat wajah masing-masing. Ketika itu belum wujud lagi telefon pintar, kami hanya pakai telefon bimbit saja.

Dia dan keluarganya juga pernah datang ke Pahang melawat arwah ibu saya yang terlantar di hospital. Dari situ juga hubungan kami sekeluarga mula rapat dan kenal antara satu sama lain.

Pernah block semua media sosial

Syidah juga berkongsi kisah selepas membuat keputusan untuk berpisah dan dari detik itu dia mula berjinak dengan aktiviti mendaki serta melakukan aktiviti lasak bersama rakan-rakan. Segala aktiviti yang dilakukannya itu adalah untuk melupakan bekas kekasihnya.

Kami berpisah pada awal tahun 2015 hingga 2019 kerana dia memiliki orang lain ketika itu. Saya buat keputusan untuk melepaskan dia. Dari peristiwa itu, saya bawa diri dengan mula aktif aktiviti hiking dan pernah ke Australia selama dua tahun. Saya juga blocked akaun media sosialnya. Semua ini hanya untuk melupakan dia ketika itu.

Dia mula mencari saya semula dengan menggunakan akaun Facebook milik ibunya. Mulanya, saya ingatkan mesej tersebut dari ibunya. Sehinggakan saya telah memberi nombor telefon dan dia mula hubungi saya. Kami mula berkawan semula.

‘Mungkin saya kelakar dan periang’

Bercakap mengenai foto yang viral di media sosial, dia sama sekali tidak menyangka foto perkahwinan itu akan dikongsi ramai. Dia juga bersyukur dan ingin memberi inspirasi kepada wanita-wanita berfizikal besar untuk terus tampil yakin dan positif.

Gambar itu kawan yang suruh posing seperti itu. Kami hanya melayankan saja dan tak sangka ramai cakap aksi itu comel. Sebelum ini juga saya tak pernah pakai pakaian berwarna cerah disebabkan fizikal, hari pernikahan itu juga saya risau tetapi memikirkan pernikahan itu hanya sekali seumur hidup.

Saya juga ingin memberi inspirasi kepada golongan wanita yang senasib dengan saya. Semua ciptaan Dia dilahirkan cantik dan sempurna. Masing-masing cantik dengan diri sendiri. Kita perlu sentiasa positif dan saya berada dalam kelompok rakan yang positif. Saya tidak mahu golongan wanita seperti saya ini merendah diri atau down grade diri mereka sendiri.

Malah, dia juga tidak tahu keistimewaan yang terdapat pada dirinya sehinggakan suami menerima dan melamar sebagai isteri.

Saya rasa sebab saya sentiasa happy, ceria dan lawak. Mungkin sebab itu yang menjadi faktor suami berkenan dengan saya. Saya bersyukur dan yakin dengan aturan dariNya.

Sumber: Syidah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : OHBULAN

 

Be the first to comment on "‘Dia Tak Kisah Badan Gempal’ – Viral Foto Dukung Suami, Pengantin Kongsi Kisah Percintaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*