“Kami Tak G4duh” – Keith Foo

 

Pelakon Keith Foo mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Kim Raymond biarpun telah berpisah hujung tahun lalu.

Bagi Keith, 37, tiada sebab untuk dia dan bekas isteri berg4duh kerana mereka berpisah secara baik.

“Kami berpisah secara baik. Hubungan kami juga telah beralih, jika dahulu kami suami isteri, kini kami menjadi sahabat baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good night from us everyone 😘 #skylarraymondfoo #skyfullofstars #skyfullofsmiles #skyfullofcolors #fatherdaughter #family #photohgrapheritseems #loverespectunity

A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on

“Kami juga telah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak dan mahu menjaga anak bersama-sama biarpun telah berpisah,” kata Keith.

Kembali mewarnai dunia lakonan selepas dua tahun menumpukan fokus terhadap anak, Keith bersedia untuk terus aktif.

“Saya tak mahu terlepas melihat anak membesar. Memandangkan anak sudah masuk usia 3 tahun, saya boleh kembali bekerja semula.

“Walaupun orang kata saya berehat ketika nama menjadi sebutan, saya tak menyesal kerana anak lebih utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sempurna ❤️ #skylarraymondfoo #skyfullofstars #skyfullofsmiles #skyfullofcolors #blessed #family #fatherdaughter #photohgrapheritseems #loverespectunity

A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on

“Kini, saya sudah bersedia mahu kembali aktif dan mencari momentum untuk terus bekerja dalam dunia lakonan,” katanya lagi.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Kami Tak G4duh” – Keith Foo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*