PRK Slim: Prof Madya Dr Kartini dedah Dr M sudah ‘hilang pengaruh, tak lagi relevan’

 

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib hari ini dipetik Bernama berkata Dr Mahathir Mohamad kini sudah tidak lagi relevan dan berpengaruh.

Ini selepas BN mengekalkan kerusi DUN Slim menerusinya calonnya Mohd Zaidi Aziz dengan majoriti 10,945 undi selepas memperoleh 13,060 undi.

“Saya rasa ini adalah penolakan menyeluruh kepada Dr Mahathir setelah beliau bersama PH suatu ketika dulu telah gagal membuktikan pada rakyat janji mereka (kerajaan) dan bertambah rumit dengan Ahli Parlimen PH rata-rata tiada pengalaman mentadbir,” kata Kartini.

Selain itu, Kartini (gambar, bawah) berkata keputusan PRK itu juga jelas membuktikan bahawa Slim ternyata sukar untuk dirampas oleh mana-mana parti selain BN.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Shukri Shuib berkata rakyat dapat menilai calon BN yang menjadi sebahagian daripada kerajaan PN mampu mampu menjaga ‘periuk nasi’ mereka.

Ini jelasnya, lebih-lebih lagi ketika negara dan dunia berdepan dengan kesan penularan wabak Covid-19.

“Undi popular yang tinggi kepada calon BN itu menunjukkan restu rakyat kepada kerajaan dan dasar-dasar yang sedang dijalankan termasuklah keprihatinan terhadap ‘dapur rakyat’, ‘periuk nasi’ rakyat kesan daripada Covid-19 ini.

“Dengan pelbagai dasar popular Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, maka jentera BN, PAS mahupun Bersatu tidak sukar untuk berkempen seterusnya memberikan kemenangan kepada calon mereka lebih-lebih lagi DUN Slim merupakan kubu kuat Umno,” katanya, lapor Bernama

Berikut Kenyataan Media Perdana Menteri

“Saya mengucapkan tahniah kepada calon BN Mohd Zaidi Aziz yang telah memenangi Pilihanraya Kecil DUN Slim dengan majoriti besar

“Kemenangan ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap parti Barisan Nasional dan dasar-dasar yang dilaksankan oleh kerajaan Pakatan Nasional

“Kemenangan ini juga membuktikan kesepakatan parti Bersatu, Umnno dan Pas dalam Muafakat Nasional mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pegundi

“Saya berharap YB Zaidi akan dapat menjalankan tugas dan tanggunjawab kepada rakyat dengan cemerlang

” Tahniah juga di ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya yang membantu kemenangan calon BN

Kenyataan Media Perdana Menteri

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, August 29, 2020

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan calon BN Mohd Zaidi Aziz dalam PRK Slim, menewaskan dua calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan S Santharasekaran.

Menurut keputusan rasmi, Zaidi menang dengan majoriti 10,945 undi apabila meraih 13,060 undi, berbanding Amir yang mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran dengan 276 undi.

Peratus keluar mengundi pula 68.4 peratus.

Amir bagaimanapun berjaya mendapat 13.6 peratus, menandakan dia tidak hilang deposit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "PRK Slim: Prof Madya Dr Kartini dedah Dr M sudah ‘hilang pengaruh, tak lagi relevan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*