Alina Dah Lama Usaha Kumpul Duit Mahu Buat Rawatan Mata. Sekali Datang Siti Sarah Mahu Sponsor

 

Pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, Alina Hassan gagal menahan air matanya selepas bertemu penyanyi Siti Sarah yang menaja pembed4han mata kanannya akibat katarak.

Menurut Alina, 52, dia bersyukur atas rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berusaha mengumpul wang demi memulihkan msalah mata kanan yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.

” Saya seakan tidak percaya dan tidak terkata. Ketika dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke?

” Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.

Kenali Sarah hanya menerusi Mentor Otai

” Ya Allah. Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah walaupun hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.

” Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkata rasanya. Saya memang ada perancangan untuk ubati msalah katarak ini dan sedang mengumpul wang,” katanya ketika ditemui di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, semalam.

Menurut juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini, dia mengalami msalah terbabit pada kedua-dua bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.

” Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.

” Ketika itu baru perasan mata saya ada selaput. Makin lama makin teruk sehinggalah saya menyertai program Kilauan Emas.

” Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di mata kiri pada tahun 2017,” katanya.

Sementara itu, Sarah yang turut hadir menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses pembed4han dipermudahkan.

” Saya hanya berharap dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

” InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.

” Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

” Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-Quran serta melakukan segala kebaikan yang lain.

” Saya doakan prosedur pembed4hannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” katanya.

Proses rawatan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu depan.

Terdahulu, kisah Alina yang juga Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 tular apabila menghuni bilik kecil di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Alina Dah Lama Usaha Kumpul Duit Mahu Buat Rawatan Mata. Sekali Datang Siti Sarah Mahu Sponsor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*