Baru 2 tahun di lantik, Kenali Superintendan Shafa’aton. KPD wanita pertama di Selangor

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin jvdi dan aktiviti penjualan rok0k selvdup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan isu kegiatan perjvdian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rok0k selvdup.

Selain itu dia turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Dengan pendedahan oleh Asri Janggut ini, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh ketua polis daerah

KPD Sungai Buloh sifatkan dakwaan jvdi fitn4h

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis jvdi dan penjualan rok0k selvdup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitn4h dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

Berikut sedikit maklumat ringkas mengenai KPD Sungai Buloh yang mula menjadi perhatian netizan selepas kes Asri Janggut  tular

Kenali Superintendan Shafa’aton, KPD wanita pertama di Selangor 2018

Ketua Polis Daerah (KPD) Sungai Buloh,dilantik pada November 2018, adalah pegawai polis wanita pertama di Selangor yang dilantik ke jawatan berkenaan.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, 42, berasal dari Mersing, Johor, sebelum ini adalah Pegawai Turus (PT) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor ketika itu, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pelantikan Shafa’aton, semalam, adalah satu sejarah untuk Polis Kontinjen Selangor, yang mendapat seorang pegawai wanita sebagai KPD baharu.

“Saya yakin dia mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang KPD berdasarkan pengalamannya sepanjang lebih 21 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pelantikannya juga adalah satu daripada perancangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, yang ingin mendedahkan pegawai polis wanita bertugas mengetuai sesebuah daerah,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPD Sungai Buloh.

Hadapi Cabaran Baru

Beliau berkata Shafa’aton bakal menghadapi cabaran baharu apabila ditempatkan di daerah Sungai Buloh berikutan situasi kawasan berkenaan yang dianggap sebagai satu kawasan penuh dengan cabaran.

“Saya percaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki beliau khususnya dalam bidang jenayah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikannya,” katanya.

Sementara itu, Superintendan Shafa’aton berkata keutamaan yang akan dilakukan sejurus dilantik sebagai KPD Sungai Buloh adalah memastikan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Apa yang penting adalah segala penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

“Saya akan menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam melaksanakan tugas ini disamping bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum berkhidmat di Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Shafa’aton pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Port Dickson serta pegawai penyiasat kanan.

KPD Sg Buloh kata Asri Janggut akan disiasat, sekali KP Selangor keluarkan arahan terbaru

Dalam perkembangan terbaru,Polis tidak akan memanggil pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung dakwaan yang dibuatnya pada Sabtu lalu mengenai kegiatan premis perjvdian dan penjualan rok0k selvdup di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya susp3k yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.

“Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun susp3k, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.

“Tapi sayang, dia telah mendedahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mendedahkan dirinya dan sepatutnya usah mendedahkan identiti,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terdedah ia boleh mengundang m4salah.

Selain itu, beliau turut meminta orang awam yang ada maklumat berkenaan s4lah laku pegawai atau anggotanya agar salurkan kepada pihaknya dengan bukti yang jelas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sekiranya ia berkaitan dengan rasu4h, boleh laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Baru 2 tahun di lantik, Kenali Superintendan Shafa’aton. KPD wanita pertama di Selangor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*