Pesan butter chicken tapi dapat ala-ala ayam masak lemak, suami siap alter tambah serbuk telur masin – “Syukur tak s4kit perut walau rasanya tak sedap”

SEBUT mengenai ayam mentega atau lebih dikenali sebagai ‘butter chicken’, pasti kita membayangkan ketulan isi ayam yang dip0tong kecil dan disaluti kuah berasaskan mentega yang pekat dan likat.

Namun lain pula halnya dengan pasangan suami isteri ini apabila menu butter chicken yang dipesan dari sebuah restoran, tidak seperti yang dibayangkan.

“RM12 untuk nasi butter chicken macam ini,” tulis si isteri sambil memuat naik sekeping gambar makanan yang dipesannya di Twitter.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan ‘butter chicken’ yang dipesannya ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan rupa sebenar menu berkenaan.

Meraih sehingga 5,100 retweet dan 3,300 like, perkongsian tersebut juga dibanjiri komen netizen yang turut sama meluahkan rasa kec3wa, namun ada yang terhibur melihat pesanan pelayar berkenaan.

Posting yang dimuat naik oleh Amalina menjadi tular di Twitter.

“Adakah itu taugeh? Nampak lebih kepada taugeh masak lemak berbanding butter chicken,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, ramai daripada netizen turut berkongsi lokasi kedai yang menjual menu butter chicken yang enak, malah ada yang siap berkongsi resepi dengan pelayar berkenaan.

Bercerita kepada mStar, pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina berkata dia membuat dua set pesanan bagi menu berkenaan untuk dinikmati sebagai makanan tengahari bersama suami, menerusi aplikasi sebuah syarikat penghantaran makanan.

“Bermakna saya membayar RM24 untuk dua set dan belum termasuk caj penghantaran. Apabila makanan sampai dan saya buka bungkusannya, dah nampak lain macam.

“Kuah yang diasingkan dalam plastik nampak cair dan putih. Bila tuang atas nasi, semua ke bawah sebab cair sangat sedangkan kuah butter chicken sepatutnya pekat,” kata wanita berusia 26 tahun dari Shah Alam, Selangor ini.

Imej tangkap layar ulasan (review) yang dilakukan Amalina dan seorang lagi pelanggan mengenai menu yang dipesan dari restoran yang sama.

Sungguhpun kec3wa, namun dek kerana mahu mengisi perut yang kelap4ran, makanan tersebut tetap dijamah.

“Tengok rupanya saja dah kec3wa, tapi apabila menjamah dan rasanya tak seperti yang diharapkan, perasaan kecewa tu bertambah-tambah.

“Suami siap ‘alter’ tambah serbuk salted egg untuk bagi sedap dan tak hambar. Harga yang dibayar tu seperti tak berpadanan dengan pesanan yang dapat,” katanya sambil menambah, ia adalah pengalaman pahit pertama sepanjang membuat pesanan menerusi syarikat penghantaran makanan.

‘Rupa’ sebenar menu butter chicken sebagaimana yang dikongsikan beberapa pelayar di ruangan komen terhadap perkongsian Amalina. Foto: h_jorn

S3rik dengan apa yang berlaku, Amalina yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, pengalaman tersebut mengajarnya untuk lebih teliti sebelum membuat pesanan makanan pada masa akan datang.

“Sebelum ini, biasa buat pesanan dengan satu syarikat penghantaran makanan yang lain. Puas hati sebab ada disertakan gambar hidangan tapi yang ini tak ada.

“Kebetulan hari kejadian, kami hanya pilih buat pesanan dari restoran yang berdekatan saja sebab agak l4par. Apapun, syukur kami tak alami s4kit perut walaupun rasanya tak sedap,” ujarnya menutup bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Pesan butter chicken tapi dapat ala-ala ayam masak lemak, suami siap alter tambah serbuk telur masin – “Syukur tak s4kit perut walau rasanya tak sedap”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*