Kisah Per1t Cikgu Fadhli Salleh Yg Ramai Tak Tahu.. Ada RM2 Je Dalam Poket, Terpaksa ‘Hut4ng’ Makan Di Kantin Sekolah..

NAMA Cikgu Mohd Fadli Salleh bukan lagi asing bagi mereka yang sering melayari Facebook.

Guru ini sangat aktif berkongsi penulisannya di media sosial bukan sahaja mengenai pendidikan, malah pelbagai kisah masyarakat untuk dijadikan teladan bersama.

Sosok lelaki berkaca mata ini juga dikenali kerana aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada insan yang kurang berkemampuan menerusi Pertubuhan Kebajikan Danakita.

Namun siapa sangka, guru yang sering turun padang menghulurkan bantuan ini suatu ketika dahulu pernah melalui situasi ‘kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang’.

Menerusi satu coretan di Facebook, guru ini berkongsi suka duk4 kenangannya yang pernah mencari pendapatan sampingan dengan membantu rakannya berniaga kambing bakar.

Sebahagian daripada perkongsian Cikgu Mohd Fadli mengenai pengalamannya yang pernah bekerja sambilan di gerai kambing bakar.

“Saat bantu kawan baik aku Bang E berniaga kambing bakar dekat Bukit Bintang. Masa ni ses4k sungguh. Badan pun kurvs k3ring tak cukup zat.

“Balik sekolah, mandi, solat, terus ke Jalan Alor, Bukit Bintang untuk buka kedai. Sediakan apa yang patut, nyalakan api, potong bawang, lada untuk siapkan kuah kambing bakar ni.

“Dari jam 8 malam hingga 3 pagi, begitulah rutin setiap hari. Awal-awal dulu, setiap kali tutup kedai Bang E nak bagi gaji, tapi aku tolak walau sendiri ses4k,” tulisnya.

Hanya berlaukkan nasi kosong disirami kuah kicap dan lada, itulah menu yang dijamahnya saban malam untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Bila aku buat program amal, ziarah rumah ke rumah, paling aku kes4lkan bila ramai yang memberi alasan. Alas4n pen4t, alas4n jauh, alas4n kena kerja lama, alas4n kerja tu sus4h, alas4n gaji kecil.

MOHD FADLI SALLEH

GURU

Bukan tidak pernah dipelawa untuk menjamah daging kambing, namun guru ini menolak kerana merasakan tidak wajar mengambil barang jualan rakannya.

“Satu hari, duit betul-betul tak ada. Cuma tinggal RM2 sahaja. Itu saja yang ada dalam poket untuk teruskan kehidupan.

“Dalam perjalanan aku niat dah dalam hati. ‘Malam ni kalau Bang E nak bagi gaji aku tak tolak dah. Kalau dia tak tawarkan, aku nak mintak RM10 buat isi minyak motor dan makan waktu rehat kat sekolah esok’,” tulisnya.

Bagaimanapun, niat tersebut terbantut kerana kasihan kepada rakannya memandangkan jualan pada malam tersebut tidak berapa laku.

Cikgu Mohd Fadli membantu rakannya yang membuka gerai kambing bakar di Bukit Bintang.

“Sampai ke sudah aku tak minta. Jam 2 pagi kami kemas kedai, dan balik. Tutup awal malam tu,” tulisnya sambil menambah, keesokannya dia terpaksa ‘berhut4ng’ dengan kantin sekolah gara-gara kes3mpitan wang.

Ujar Mohd Fadli, pengalaman tersebut merupakan kenangan yang tak akan dilupakannya sehingga bila-bila kerana ia mengajar dirinya pelbagai perkara terutama kegigihan mencari rezeki demi mendapatkan wang walaupun jumlahnya kecil.

“Nikmat RM50 dalam poket saat kita sentiasa ses4k ni hanya orang yang biasa lalui sahaja tahu perasaan itu.

“Bila aku buat program amal, ziarah rumah ke rumah, paling aku kes4lkan bila ramai yang memberi al4san. Alas4n pen4t, alas4n jauh, alas4n kena kerja lama, alas4n kerja tu sus4h, alas4n gaji kecil.

Demi mencari pendapatan sampingan, Cikgu Mohd Fadli bekerja di gerai ini selepas tamat mengajar pada sebelah petang.

“Lepas tu mengadu hidup sus4h, duit tak ada, minta b4ntuan itu ini,” tulisnya.

Tambah guru ini lagi, tiada sesiapa yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan seharian melainkan diri sendiri yang menentukannya.

“Jika terus beralasan, sampai bila takkan ada perubahan. Ya, kadang lubang rezeki itu sangat suk4r terbuka untuk sebahagian orang.

“Namun ramai juga yang sengaja meny3mpitkan lubang-lubang rezeki yang terbentang. Hadap cermin, tanya pada diri, ‘Cukupkan dengan usaha aku setakat ini? Apa aku mahu terus hidup seperti ini selama masa?’. Tanya diri sendiri, jawablah sendiri,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Kisah Per1t Cikgu Fadhli Salleh Yg Ramai Tak Tahu.. Ada RM2 Je Dalam Poket, Terpaksa ‘Hut4ng’ Makan Di Kantin Sekolah.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*