“Kita Jangan Nak Menunjuk…” -Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil langkah untuk tidak mahu terlalu menunjuk kemewahan hadiah ulang tahun perkahwinannya yang bakal tiba. 

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, dia mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga sebagai sambutan ulang tahun ke-14 perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

First time bawa Aafiyah jalan jalan .. tapi tempat ni memang tak ramai orang .. Bukan main Aafiyah enjoy lari sana sini…

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Kalau dulu anda semua ternanti-nanti apakah hadiah yang Datuk K beri setiap kali sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan tetapi sekarang dengan pelbagai situasi, kita janganlah nak menunjuk sangat sebab ada orang yang lagi susah tengah mengharungi hidup,” ujar Tokti kepada Gempak. 

Tokti ditemui ketika majlis pelancaran pusat kecantikan dan kesihatan Beauty & Co yang membuka cawangan terbarunya di The Gardens Mall, Kuala Lumpur sebenatar tadi. 

Pada majlis itu, Tokti membuat dua persembahan istimewa disamping berkongsi pengalamannya menjalani beberapa rawatan kecantikan dan kesihatan di pusat tersebut. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

tq @rizmanruzaini utk baju kurung raya Ct & aafiyah ❤️ @galeriariani untuk tudung & @officialsimplysiti makeup saya ..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Tambah Tokti, minat dia dan suami dalam sukan berbasikal membuatkan dia mahu melakukan aktiviti itu bersempena detik manis ke-14 mereka bersama. 

“Saya dan suami merancang untuk mengadakan kayuhan ulang tahun perkahwinan ke Bukit Fraser dan di sana kita akan sambut bersama dengan kawan-kawan basikal,” katanya lagi. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Kita Jangan Nak Menunjuk…” -Datuk Seri Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*