“Kalau Nak Cari Isteri, Cari Yang Putih” – Tunang Dayana Roza Buka Mulut Pesanan Arw4h Nenek

Tunang kepada pelakon Dayana Roza, A’dale Adham menyifatkan bahawa bakal isterinya itu merupakan wanita yang cukup sempurna di matanya.

Bahkan, atas sebab itu jugalah dia sanggup berusaha cuba memenangi hati Dayana biarpun pernah ditolak lamarannya untuk menjadikan pelakon tersebut sebagai isteri beberapa tahun sudah.

“Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan.

“Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia ‘ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga’,” ceritanya kepada Astro Gempak

Menurut A’dale lagi, dia juga memilih Dayana kerana mengikut kriteria seperti yang dipesan oleh arwah neneknya.

“Sebelum ni, arwah nenek kata kalau nak cari (isteri), cari yang putih. Dayana pun putih, jadi, okaylah tu.

“Paling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar,” ceritanya.

Semalam, Dayana, 29, mengikat tali pertunangan dengan A’dale, 33, selepas mereka mula menjalin hubungan cinta sejak awal tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu mengakui sudah berkawan sejak enam tahun lalu menerusi seorang rakan.

Pasangan itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Kalau Nak Cari Isteri, Cari Yang Putih” – Tunang Dayana Roza Buka Mulut Pesanan Arw4h Nenek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*