Har4m simpan daging korb4n lebih 3 hari? Ini penjelasannya

SEMALAM berakhirnya hari Tasyrik. Ini bermakna, tempoh untuk melakukan ibadah korb4n sempena Hari Raya Aidiladha sudah pun tamat.

Kepada mereka yang melakukan ibadah korb4n tempoh hari, pastinya agihan daging korb4n telah dibuat kepada golongan fakir misk1n dan penduduk setempat, selain untuk diri sendiri.

Sudah tentu ada yang telah pun merasai keenakan daging korb4n tersebut yang dijadikan hidangan buat seisi keluarga selama beberapa hari ini.

Walaupun sudah dimasak dan dimakan berkali-kali, namun masih ada lagi baki daging korb4n yang disimpan di dalam peti ais. Keadaan itu sedikit sebanyak menggusarkan hati segelintir masyarakat kita.

Ini kerana ada pihak menyatakan bahawa daging korb4n tidak boleh disimpan lebih daripada tiga hari.

Benarkah begitu? Sebenarnya, berapa lamakah tempoh yang dibolehkan untuk kita menyimpan daging korb4n berkenaan?

USTAZ SYED SHAHRIDZAN

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah dan penulis, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, menyimpan daging korb4n lebih tiga hari pernah dil4rang oleh Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, jelas beliau, lar4ngan itu sudah dim4nsuhkan. Ia disebabkan perubahan situasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, Raudah al-Tolibin.

“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian daripada daging korb4n. Rasulullah SAW pernah mel4rang menyimpan (daging korb4n) lebih dari tiga hari, kemudian baginda mengizinkannya.

“Menurut majoriti ulama, lar4ngan ini bermakna har4m, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan lar4ngan ini bermaksud m4kruh,” kata beliau dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Menjelaskan sebab kepada lar4ngan tersebut, Ustaz Syed Shahridzan sekali lagi mengemukakan pandangan Imam Nawawi tentang perkara itu.

Kata Imam Nawawi: “Lar4ngan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau lar4ngan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi penghar4man.” 

Jika keadaan sempit atau sus4h berlaku lagi pada zaman ini, adakah kita dihar4mkan kembali menyimpan daging korb4n lebih dari tiga hari?

Dalam kitab Raudah al-Tolibin, Imam Nawawi menjelaskan: “Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (har4m)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak dih4ramkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. 

“Jika seseorang ingin menyimpan, maka digalakkan menyimpan daging korb4n dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah,” jelas Imam Nawawi.

Simpan daging korban
LAR4NGAN menyimpan daging korb4n telah dim4nsuhkan disebabkan perubahan situasi semasa sebagaimana diterangkan oleh Imam Nawawi.

Mudah kata, tiada m4salah andainya daging korb4n yang akan dimakan oleh diri sendiri dan keluarga disimpan selama mana pun, terang Ustaz Syed Shahridzan.

“Menurut Mazhab Syafie, diharuskan menyimpan daging korb4n walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak ros4k atau busvk sehingga menyebabkan pemb4ziran.

“Namun, tidak digalakkan bagi daging korb4n yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan (kepada orang lain) disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin,” jelas beliau.

Justeru, usah risau andai daging korb4n kita belum habis lagi. Ia boleh disimpan selama mana pun, cuma pastikan tempat itu sesuai supaya tahan lebih lama.

Sumber: Facebook Ustaz Syed Shahridzan-Ben Agil

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : SH

 

Be the first to comment on "Har4m simpan daging korb4n lebih 3 hari? Ini penjelasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*