Kisah Tent3ra Jepun Yg Tinggal Di Tanah Melayu Dan Memeluk Islam. Tidak Mahu Pulang Lagi Ke Jepun Kerana……

Yano Sigaeru, atau nama Islamnya Haji Ali Ahmad, telah menetap di Malaysia (ketika itu Tanah Melayu) sejak tahun 1943 selepas 8 tahun berkhidmat sebagai tentera jepun.

Semasa berkhidmat Sigaeru@Haji Ali menjadi pasukan Jepun yang melakukan penj4jahan ke wilayah Asia Tenggara. Selama 8 tahun dia meng4bdikan diri sebagai anggota tentera kpd negeri Matahari Terbit itu. Hingga berakhir per4ng dunia kedua.

Sebagai bekas tentera penj4jah, bukan mudah baginya hidup di tengah masyarakat yang masih berg3lut dgn ekonomi dan suasana tam4t per4ng. Sebab, banyak orang yang memvsuhinya,walau ada beberapa orang yang baik. Sal4h dalam bertindak, ny4wa menjadi taruhannya.

“Jika aku melakukan sesuatu yang berbah4ya aku boleh terbunvh dengan cepat,”kata Sigaeru.
“Orang Cina,” tambah dia,
“sangat memb3nci kami. Meskipun hanya kek3cohan kecil, boleh membuatku terbvnuh.”
Menurut dia, separuh orang yang hidup di tanah Melayu sgt memb3nci Jepun. Namun separuh lainnya bersikap baik. “Hanya sedikit yang baik. Orang beragama baik,” kata dia.

Haji Ali menambahkan, di antara orang-orang yang baik itu adalah masyarakat Muslim. Dari rakannya, dia tahu bahawa orang Muslim sangat baik. “Apakah anda kagum mengapa aku tetap bertahan dn tinggal dengan semua masal4h ini?” tanya haji ali kpd wartawan dari jepun yang menemubual beliau utk dokumentari tersebut..

“Semua itu kerana Muslim. Aku tahu,anda tahu ttg orang Muslim. Apa yang mereka yakini,” kata Haji Ali.

Akui suk4r baginya untuk memulakan kehidupan di tanah melayu oleh kerana dend4m rakyat tempatan khususnya kaum Melayu dan Cina yang masih belum pad4m terhadap kez4liman tent3ra Jepun, Haji Ali berkata beliau terpaksa meneruskan hidup melakukan apa-apa sahaja pekerjaan yang diusahakan kaum Melayu ketika itu seperti menjadi nelayan selama 5 tahun.

Dengan hasil titik peluhnya, Haji Ali menggunakan wang simpanannya yang sedikit itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan gadis tempatan dan membuka kedai basikalnya sendiri.

Haji Ali memilih untuk menetap di Masjid Tanah, Melaka untuk mengusahakan perniagaan serta menguruskan keluarganya.
“Saya tidak mempunyai modal yang besar ketika itu. Walaupun saya tidak pernah meny4kiti sesiapa, warga tempatan tidak menyen4ngi kehadiran saya di sini, lebih-lebih lagi kaum Cina,” cerita Haji Ali

“Namun, saya dilayan dengan baik sekali oleh rakan-rakan dari kalangan guru-guru agama.”

Tambah Haji Ali
“Umat Islam mempunyai sebuah kitab bernama Al-Quran. Kitab ini bukan ditulis oleh manusia, tetapi Allat swt.
Haji Ali kemudiannya menjelaskan kepada penemubual dokumentari tersebut iaitu Shohei Imura tentang Al-Quran.

“Allah swt berfirman jika umat manusia hidup berdasarkan akidah yang diajar di dalam Al-Quran, maka kehidupan yang dijalaninya akan sentiasa tenang dan bahagia.

“Orang Jepun memandang kaum Melayu sebagai bangsa yang lem4h; kami kuat bekerja dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini. Namun, secara spiritualnya, kami lem4h,” kata Haji Ali.

Haji Ali kemudiannya turut menceritakan bagaimana beliau terbuka hati untuk memeluk Islam.

“Rakan saya yang juga seorang nelayan selalu memberikan nasihat-nasihat yang berguna kepada saya. Kata-kata semangatnya menjadi ‘panduan’ kepada saya sehingga akhirnya, hati saya terbuka dengan luas untuk menerima Islam.”

Apabila ditanya sama ada beliau mahu pulang ke tanah airnya, Haji Ali berkata jika diberi pilihan dan dia mempunyai wang, dia tidak mahu pulang Jepun.

“Saya mahu gunakan wang itu untuk pergi ke Arab Saudi. Saya mahu ke Makkah,” ujar lelaki itu.

Terang Haji Ali lagi, nalurinya kuat untuk memilih Islam selepas salah seorang guru agamanya telah menghadiahkan beliau sebuah buku yang menceritakan tentang hari ki4mat.

“Dalam buku itu, diceritakan bagaimana satu hari nanti semua isi kandungan alam semesta ini akan musn4h dan tiada siapa pun yang akan terselamat, kecuali orang-orang yang beriman kepada Allah swt.

“Jumlah lelaki juga akan berkurangan kerana ramai yang telah m4ti sesudah berlakunya peperangan demi peperangan yang mengorbankan kaum lelaki.

“Saya jadi terlalu t4kut dengan keadaan itu. Oleh itulah saya tidak membenarkan anak-anak saya untuk belajar tinggi-tinggi dan berhijrah ke bandar.

“Cukup sekadar sehingga Darjah 6, dan selebihnya saya akan hantar mereka ke sekolah agama untuk belajar tentang solat dan sebagainya,” jelas Haji Ali, panjang lebar.

Haji Ali hidup secara sederhana sehingga penghujung hayatnya. Al-Fatihah buat Allahy4rham Haji Ali bin Ahmad @Yana Sigaeru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : FB Azrul Husni (Misteri,Sejarah,Rare Dan Fakta Dunia)

 

Be the first to comment on "Kisah Tent3ra Jepun Yg Tinggal Di Tanah Melayu Dan Memeluk Islam. Tidak Mahu Pulang Lagi Ke Jepun Kerana……"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*