Sugu Pavithra dedah kenapa terpaksa buang semua video Y0uTube

Semalam Pavithra telah menarik balik lap0ran polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja.

Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Video Hilang

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan.

Tak nak ada kaitan dengan Youtube lagi

SUNGAI SIPUT – Pasangan YouTuber masakan sensasi, S Pavithra dan M Sugu memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.

Perkara itu juga menjadi punca pasangan terbabit memadam semua 98 video aktiviti dan masakan kendalian mereka di saluran ‘Sugu Pavithra’ semalam.

Bercakap kepada pemberita, Sugu, 29, berkata, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

‘Saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku…

Gelaran ikon kepada Pavithra tidak akan ditarik balik

YouTuber luka, leb4m dipvkul suami

Ber4ng nama tak tercalon anugerah ikon punca pukul isteri

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Sugu menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi.

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rumah sewa pasangan itu yang baharu diduduki bulan lalu di Kampung Muhibbah di sini sunyi sejak semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam.

Laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan.

Terdahulu, terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Sugu Pavithra dedah kenapa terpaksa buang semua video Y0uTube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*