Kecoh!! Wanita Did4kwa hamil hanya sejam sebelum bersalin

SEORANG wanita mencetuskan kontr0versi di media sosial, selepas dia mend4kwa hanya hamil selama sejam sebelum melahirkan seorang bayi.

Heni Nuraeni mend4kwa ia merupakan keajaiban Tuhan yang mengurniakannya seorang bayi lelaki dalam tempoh sejam sebelum bersalin.

Bercakap kepada pemberita, gadis berusia 28 tahun dari bandar Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia itu berkata: “Pada mulanya saya berada di rumah, tiada apa-apa yang p3lik.

“Kemudian saya berasa sesuatu bergerak di bahagian kanan perut saya.

“Saya mengalami kekejangan dan dalam tempoh sejam kami memanggil bidan dan saya bersalin,” katanya yang telah mempunyai dua anak sebelum itu.

Heni mend4kwa dia menyedari tiada bayi di dalam perutnya sebelum ini kerana mengalami haid seperti biasa sejak sembilan bulan lalu, malah mengalami pend4rahan sejurus sebelum bersalin.

Susulan dakwaannya tersebar di media sosial, seorang pakar obstetrik di Hospital Hasan Sadikin Bandung, Dr Ruswana Anwar berkata, wanita kadang-kadang tidak menyedari bahawa mereka hamil dan ia merupakan satu daripada 25,000 kes,

Doktor itu memberitahu bahawa berat badan wanita berkenaan mungkin bertambah, menyebabkan dia tidak menyedari dirinya hamil.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa mustahil bagi seorang wanita untuk melahirkan setelah hamil hanya selama sejam.

Menurut doktor itu lagi, alasan yang diberikan wanita tersebut bahawa masih mengalami haid tidak mungkin berlaku, namun ia juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon semasa kehamilan. – Mirror

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Kecoh!! Wanita Did4kwa hamil hanya sejam sebelum bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*