Banyak sam4n dikeluarkan semasa PKP. KDN dedah jumlah sebenar kutipan d3nda ingk4r PKP. “Mencecah kepada 7 angka”

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan d3nda yang dijelaskan oleh syarikat dan individu yang ingk4r Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebanyak RM5,928,000.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan angka itu berdasarkan maklumat diperoleh dari Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh Mac hingga Jun 2020.

“PDRM hanya mengeluarkan komp4un kepada individu dan juga syarikat atau premis sebanyak 11,379 kompaun.

“Seramai 21,420 individu yang ditangkap telah did4kwa di mahkamah bagi tempoh 18 Mac sehingga 30 Jun,” menurut KDN dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen bagi menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh).

Sekatan pemeriksaan jalan raya adalah di antara pendekatan pihak berkuasa dalam membanteras individu yang ingkar PKP

Kerajaan mengisytih4rkan PKP bermula pada 18 Mac dan seterusnya diikuti dengan PKP Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei sebelum digantikan dengan PKP Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Lanjutan daripada pengisytih4ran itu, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan PKP itu selain beberapa siri mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memperincikan pelaksanaan tersebut, menurut KDN. – BERNAMA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Banyak sam4n dikeluarkan semasa PKP. KDN dedah jumlah sebenar kutipan d3nda ingk4r PKP. “Mencecah kepada 7 angka”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*