“Hubungan Istimewa?? Tidak!!!” Erra Fazira

KUALA LUMPUR: Selagi wanita cantik bernama Erra Fazira, 46, tidak mendirikan rumah tangga, selagi itulah bertebaran kisahnya dikaitkan dengan jejaka termasuklah berstatus hartawan.

Sejurus membuat pengumuman hubungan cinta dengan penyanyi, Shahir Zawawi berakhir, tahun lalu, ramai yang mendambakan untuk mendampingi bintang yang pernah mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu.

Terbaharu, ada gos1p yang mend4kwa pelakon filem Sembilu dan Pasrah itu sedang menjalinkan hubungan dengan ahli korporat berusia 40 tahun, sejak beberapa bulan lalu.

Cerita Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek dikaitkan dengan lelaki berpangkat dan berstatus hartawan bukan cerita baharu, sejak zaman bujang lagi. Bagaimanapun, wanita kelahiran Sungai Choh, Rawang itu hanya tenang sahaja, tidak sedikitpun mel3nting dengan gos1p yang bertebaran.

“Saya terkeejut dengan gos1p ini. Jenuh saya memikirkannya. Adakah, saya pernah dilihat rapat dengan mana-mana ahli korporat, rasanya tiada.

“Jadi, ini adalah s4lah faham. Saya akui, berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli perniagaan, tetapi tidaklah sampai menjalinkan hubungan yang istimewa. Siapa yang mengenali saya, mereka tahu saya baik dengan semua orang. Tetapi untuk menjalinkan hubungan istimewa, berani saya katakan, tidak!

“Tak tahulah jika berkenalan dan ‘tersuka’ dengan ahli korporat, suatu hari nanti. Tetapi, saya mahu menegaskan, buat masa ini, saya tiada sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Erra berkata, dia sering diajukan persoalan jodoh sejak zaman mula menceburi dunia lakonan lagi.

“Ada kala, saya tertanya kenapa cinta dan jodoh yang sering menjadi fokus serta bualan. Tetapi, saya anggap ini sebagai asam garam dalam kehidupan anak seni.

“Selain kerjaya, soal peribadi sering menjadi tumpuan. Awalnya, saya agak rim4s, tetapi kini, Alhamdulillah seiring pengalaman ia mematangkan fikiran.

“Saya melihatnya daripada sudut positif. Apabila disayangi, mereka ingin mengambil tahu dan melihat saya bahagia. Saya bersyukur peminat sering mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang terbaik. Tolak tepi ‘h4ters’ kerana mungkin mereka akan tetap mencari sisi neg4tif, meskipun ada positif di dalamnya,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu berkata, ada masanya terbit di hati, cepatlah bertemu jodoh supaya tidak menjadi buah mulut dan fitn4h manusia.

“Namun, ia tetap berbalik soal jodoh dan takdir. Jodoh rahsia Allah. Saya hanya mampu menjalani hidup seperti biasa, selebihnya biarlah Allah yang tentukan. Apabila yakin jodoh itu milik Allah, saya berjaya atasi apa juga dug4an dug4an hidup dengan lebih tenang.

“Saya tak suka ser4but kepala. Saya nak hidup dalam suasana positif, tenang dan damai. Seandainya, dug4an datang tanpa ada pilihan, saya hadapi dan kemudiannya, meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya percaya setiap musib4h atau dug4an, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Tidak mudah buat Erra Fazira mempercayai dan memberikan cinta kepada lelaki selepas dua perkahwinannya gagal diselamatkan. - Foto Erra Fazira

“Saya sering ingatkan diri, bahagia tidak sentiasa ada, s3dih pun tak selamanya bersama. Suka dan duk4 bersifat sementara. Justeru, lalui hidup dengan tenang dan bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan,” katanya.

Erra berkata, pintu hati tidak pernah tertutup untuk bercinta dan berkahwin lagi.

“Jika ada jodoh yang sesuai, saya bersyukur. Tak pernah saya menutup pintu hati dengan sesiapa. Soal hati pula tidak boleh dihal4ng, cuma pengalaman silam membuatkan saya lebih berhati-hati. Jujurnya, saya susah nak percaya dan menerima seseorang dengan begitu mudah.

“Jika ada seru mahu berkahwin pun, jujurnya nak ke arah itu membuat saya fikir banyak kali. Kalau ada calon pun, tak mudah untuk saya cakap ‘ya’. Saya kena pastikan keputusan dibuat tidak sia-sia,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "“Hubungan Istimewa?? Tidak!!!” Erra Fazira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*