Mengumumkan dirinya sah ham1il anak sulung beberapa minggu lalu, Emma Maembong dilihat tidak lokek berkongsikan momen indah proses kehamilan itu. Malah, Emma juga sering memuat naik foto romantis bersama suami.
Usia kehamilan kini mencecah empat bulan, sebentar tadi Emma dilihat berkongsikan gambarnya berkain pelekat bergambar di hadapan cermin bersama suami.
Berkongsikan keadaannya sepanjang kehamilan, Emma berkata dia sering rasa mual diawal pagi dan rasa malas.
Meskipun memakai kain pelikat milik suami, namun rata-rata netizen memuji Emma yang tetap cantik dan comel. Malah, ada komen-komen nakal mengusik pasangan itu melihatkan ruangan bilik tidur yang agak bersepah.
Terdahulu, Emma memberitahu dia dijangka melahirkan anak sulungnya pada November depan.
Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral
Sumber : ROTIKAYA
Be the first to comment on "Emma Maembong Terpaksa Pakai Kain Pelikat Suami Disbbkan Ini Tapi Benda Lain Pula Netizen Nampak"