“Saya Tak Pernah Ceder4kan Sesiapa..” – Misha Omar

PELUANG bertemu artis kesayangan di depan mata sudah pasti sukar dilupakan dan ada kalangan membuatkan seseorang itu hanya terdiam kaku.

Begitu juga halnya dengan penyampai radio Nasional FM iaitu Dyya Nawai yang meluahkan rasa teruja dan malu ketika pertama kali dapat bertemu dengan penyanyi Misha Omar.

Namun Misha atau mesra dengan panggilan Kak Mitch secara berseloroh berkata Dyya sepatutnya tidak perlu berasa malu kerana dia belum pernah mencede3rakan sesiapa yang ingin berbicara dengannya.

Malah pemilik nama Samiha @ Aisah binti Omar, 38, turut berterima kasih kepada Dyya yang menghargai karyanya sepanjang bergelar anak seni.

Misha Omar teruja jumpa seseorang yang mempunyai budi bahasa.

“Lain kali jangan malu! Kak Mitch belum lagi pernah mencede3rakan sesiapa kalau setakat nak datang sembang dengan kita.

“Terima kasih atas kata-kata baiknya. Saya juga teruja setiap kali bertemu orang yang manis, sopan santun budi bahasanya seperti awak dik.

“Apa ntah lagi menghargai kerja kak Mitch selama bergelar anak seni… Terima kasih tau @dyya_nawai,” kata Misha.

 

Saya juga teruja setiap kali bertemu orang yang manis, sopan santun budi bahasanya seperti awak dik.

MISHA OMAR

PENYANYI

Misha memberitahu perkara itu dengan memuat naik semula foto dia bersama Dyya menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Selain Misha, Dyya turur memuat naik foto bersama beberapa artis iaitu Francissca Peter, Khai Bahar dan Jaclyn Victor.

Dyya bertemu dengan semua penyanyi tersebut ketika di Konsert Merdeka (Bangkit Malaysia) yang berlangsung pada Ahad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Ceder4kan Sesiapa..” – Misha Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*