“Hati Saya Sangat H4ncur..” – Fatima

Aktor lagenda yang kekal kacak sampai sekarang, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) nampaknya berjaya membuatkan pelakon muda, Fatima Sana jatuh cinta dengannya.

Malah, Fatima pernah memaklumkan bahawa ketika dia mendapat tahu bahawa SRK telah berkahwin, dia menangis dengan sedih dan tidak menerimanya.

Membintangi Filem One 2 Ka 4

Ketika terlibat dalam penggambaran filem bersama, Fatima berusaha menarik perhatian pelakon berusia 54 tahun itu. Tetapi usahanya gagal ketika dia mengetahui bahawa cinta SRK bukan untuknya.

Fatima Sana telah bekerjasama dengan SRK dalam filem One 2 Ka 4 yang ditayangkan pada tahun 2001. Kalau anda masih ingat, filem ini melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Fatima baru saja berusia 5 tahun, namun sangat mengidolakan SRK.

Fatima ketika berusia 5 tahun membintangi filem One 2 Ka 4

“Dia tidak tahu bahawa kanak-kanak berusia lima tahun ini telah jatuh cinta padanya,”-kata Fatima kepada Hindustan Times.

Ketika bekerja dengan SRK, Fatima mengatakan bahawa SRK sering bermain dengannya dan sekaligus dia merasakan hidupnya sangat sempurna. Manakan tidak, dia akhirnya dapat bersama idolanya di mana dia memainkan peranan sebagai anak sahabat SRK.

Fatima juga menyatakan bahawa dia dan SRK sering bermain ketika penggambaran kerana peranan mereka sangat dekat. Namun, semuanya berubah apabila  Fatima mengetahui bahawa SRK telah berkahwin dengan Gauri Khan.

“Saya tahu bahawa dia sudah berkahwin dan hati saya sangat hancur. Saya tidak tahu tetapi saya menangis. Ia seperti perpisahan yang sedih bagi saya. Saya banyak menangis ketika itu. Itu sangat menyayat hati dan saya sangat sedih kerana dia sudah berkahwin,”- kata Fatima.

Siapakah Fatima?

Fatima Sana Shaikh adalah pelakon muda yang mula popular selepas berlakon dalam filem Dangal 2016. Pada waktu itu, dia bergandingan dengan Aamir Khan dan Sanya Malhotra dalam sebuah filem yang berjaya meraih kutipan box office sehingga mencapai US$340 juta.

Hingga kini, Fatima masih aktif dalam kerjaya di dunia hiburan. Tahun ini, akan ada dua projek filem yang akan dibintanginya, termasuk Ludo dan Suraj Pe Mangal Bhari. Dia juga mendapat penghargaan di Jackie Chan Action Movie Awards 2017 dalam kategori Pelakon Aksi Terbaik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : murai.my via www.applehijau.bbn.my

 

Be the first to comment on "“Hati Saya Sangat H4ncur..” – Fatima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*