Bertumbok Depan Farmasi, Hairi Safwan Lebam Mata.. “Adil bagi aku sebab aku buat dia pat4h tangan”..

Adil bagi aku sebab aku buat dia pat4h tangan dan aku berenti sebab anak aku menangis saja.. Aku ajak dia pi buat rep0rt dia takmau, dia nak duit ubat saja..

” Pastu aku pesan kat dia ‘Hang nak bawak geng bawak la..tapi hang kena ingat budak utara ni tak tempat orang dia solo fighter, tak dapat harini nanti mesti dapat’”

Itu antara perkongsian pelakon Hairi Safwan di Instagram beliau yang mengejutkan ramai.

Perkataan ‘kau peIac#r’ yang keluar dari mulut seorang suami ketika bertengkar dengan isterinya menjadi penyebab mata pelakon Hairi Safwan lebam sebelah terkena ‘penumbvk sulung’.

Peristiwa itu berlaku di sebuah farmasi di Subang Jaya, Selangor Khamis lalu apabila Hairi bertindak menegur lelaki yang mengeluarkan kata-kata berkenaan.

” Ketika itu saya sedang dukung anak lalu ternampak ada pasangan suami isteri ini berg4duh. Lelaki itu mula m4ki h4mun dengan kata-kata kes4t kepada isterinya termasuk ayat ‘kau peIac#r’.

” Saya memang pantang kalau ada lelaki yang kurang ajar terhadap perempuan dan panggil wanita dengan perkataan itu. Jadi, saya pun pergi dekat mereka untuk tegur tindakan lelaki tersebut dengan cara baik.

” Tapi tiba-tiba lelaki itu terus tumbvk terkena mata saya yang sedang dukung anak. Berlaku la pergelvtan dan kami berdua mengalami keced3raan. Pergelutan itu terhenti sebab anak saya menangis,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Hairi berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto keadaan mata kanannya lebam di laman sosial pada Sabtu.

Ruang komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan pujian daripada netizen yang rata-ratanya menganggap Hairi seorang lelaki yang hebat kerana menghormati seseorang wanita dengan cara menegur kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hairi Safwan Aznan ini memberitahu kes mereka selesai selepas dia membayar kos raw4tan memandangkan individu tersebut enggan membuat lap0ran polis.

Keadaan mata kanan Hairi yang ditumbvk individu tersebut.

Hairi kena membebel dengan isteri selepas insi1den tersebut.

” Pada mulanya, saya memang ajak buat lap0ran polis tapi dia tidak mahu sebab dia yang memulakan pergelutan tersebut. Jadi kami selesai dengan saya bayar kos raw4tan keced3raan yang dia alami.

” Tapi keluar saja farmasi dan saya masuk kereta, kena membebel dengan isteri. Sebab isteri nampak masa lelaki itu tumbuk saya tengah dukung anak.

” Apa-apa pun, jangan sesekali kita hina dan kata wanita peIac#r. Pada hal puncanya daripada lelaki bukannya takdir,” ujarnya.

Sementara itu menurut Hairi, pemuda itu dipercayai mengalami keced3raan pada bahagian tangannya akibat perg3lutan yang berlaku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : asiakini

 

Be the first to comment on "Bertumbok Depan Farmasi, Hairi Safwan Lebam Mata.. “Adil bagi aku sebab aku buat dia pat4h tangan”.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*