Dua jam setengah bert4rung, Bella Astillah selamat melahirkan anak ke-2.. Jantina bayi didedahkan..

PELAKON Bella Astillah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia selamat mel4hirkan bayi perempuan di sebuah hospital pada pukul 6.10 pagi, Sabtu.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu dia tiba di hospital kira-kira pukul 3.30 dan melalui proses bers4lin selama dua jam setengah.

“Syukur Alhamdulillah… Bella dah selamat bers4lin. Terima kasih sangat kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yay… ini merupakan swafoto pertama kita bersama.

Bella bers4lin tanpa Aliff yang kini berada di Singapura.

“Sampai hospital tadi 3.30 pagi, baby princess saya keluar pukul 6.10 pagi. Alhamdulillah… (abang dulu satu jam setengah, adik ini dua jam setengah)” kata Bella.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu turut berkongsi swafoto pertama dia bersama anak keduanya yang ditutup wajah di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang juga mendoakan agar Bella dan bayinya dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Bella luah rasa bimb4ng kerana tiada tanda nak bers4lin.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Bella berkongsi rasa bimbang apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin biarpun kandungan sudah mencecah 40 minggu.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Bella berkata bayi dalam kandungannya ketika itu sudah terlalu selesa berada dalam perut walaupun dia sepatutnya bers4lin pada Jumaat.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Dua jam setengah bert4rung, Bella Astillah selamat melahirkan anak ke-2.. Jantina bayi didedahkan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*